Sunday, January 31, 2010

MAKSUD PEMBERIAN YANG TERSAYANG


Maksud hadiah pemberian Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan / kekasih / isteri / suami anda mempunyai maksud tersendiri. Antaranya :

JAM TANGAN -----> Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN -----> Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG -----> Tanda mesra

RANTAI LEHER -----> Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG -----> Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT -----> Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN -----> Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG -----> Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI -----> Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR -----> Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU -----> Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA -----> Tanda perkenalan dan tanda sayang

COKELAT -----> semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN -----> mengabadikan cinta

SEJADAH DAN ALQURAN -----> tandanya insan tersebut menyayanginya dunia dan akhirat.


PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum....
HANDPHONE...tandanya.... kau jangan lari dari ku!!!!......akan kucari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....


HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!MASUK MEMINANG...... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

MULUT BERBAU


Halitosis disebabkan sisa makanan di celah gigi, gusi bermasalah

MASALAH mulut atau nafas berbau sememangnya memalukan. Namun, ia pasti lebih memalukan jika mereka yang mengalami tidak menyedarinya atau membiarkannya tanpa sebarang tindakan.

Ini kerana masalah yang juga dikenali halitosis ini bukan setakat membabitkan individu tetapi juga boleh menyebabkan seseorang itu dijauhi. Apakah puncanya masalah ini?

Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.


Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh

Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.


31.01.2010

Hari ni kita dah di penghujung bulan Januari.Sekejap nar rasanya. Rasanya baru semalam dok menyambut tahun baru. Yelah...masa sekarang pejam celik pejam celik dah hari baru, minggu baru , tahun baru.sekejap je rasanya.

Ini bermakna 11 bulan lagi kita di tahun 2010.Bersamaan kira kira 330 hari.Bagi ila mcm mcm lagi ila nak buat. Banyak lagi benda benda tertangguh.Takpe..pelan pelan.Buat satu satu.

NAK MENANG JE....

Tadi ila dgn irah g supermarket nak beli gandum.Ingat nak bubur jagung n gandum.Dalam kereta

dialog kami

IRAH: Ila...tau ke gandum ila?
ILA.: Taulah...apa yang tak taunya pulak.(dlm kepala ila, dok terbayang tepung gandum yg bewarna warni tu [utk buat bubur cha cha]
IRAH: Yelah...jgn terbeli gandum makan ayam dah.
ILA.: Ee.....jgn ingat ILA tak tau .Taulah ila.Pandang rendah betul kat ILA.

di supermarket

IRAH: Ha...ila yang mana satu gandum?k
IRAH:Kan IRAH dah ckp..ILA tak kenal mana satu gandum..

Malunya ila tidak terkata.Sampai dekat umah pun ila masih kena perli je.Takpe....Sekurangnya ila tau mana satu gandum ..mana satu cha cha.
* rupanya gandum tu untuk buat air barli ek? tak tau ila....

moral of the story...jgn nak melawan ckp org...jgn nak menang je.

Saturday, January 30, 2010

RASA HATI AIDILA

Aidila dilahirkan 23 tahun yang lalu. Anak kedua dari 4 beradik.3 permpuan 1 lelaki.Tetapi kini ila hanya tinggal sorang.Semuanya telah pergi jauh tinggalkan ila. Ila hanya menumpang kasih makcik, pakcik , kak dah dan 2 org abang yg sgt sgt sygkan ila. A'ah ..ila tak rasa ila sendiri sekarang.Sekurangnya ila ada tempat untuk ila luahkan apa yg ila rasa, yang ila suka, ketidakpuasan hati ila.

Ila sekarang tgh praktikal dekat sebuah hospital kerajaan. Alhamdulillah.Tak lama lagi ila akan habis belajar. Ila akan tunaikan hajat ayah ila nakkan ila menjadi seorang doktor. :-) rasa tak percaya pulak.Sebenarnya bukan cita cita ila pun.Tak pernah terpikir pun.Ye....ila percaya ini ketentuanNya pada ila. Alhamdulillah...ila bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi dalam meniti hari hari...kerinduan ila pada mereka yang telah pergi...sentiasa ada. Rindu sgt sgt. Kami sebuah keluarga yang sangat bahagia.Kasih sayang mak ayah, kakak, adik ...ila sangat sangat rindui.Dimana ila akan dapat semuanya lagi? Takkan ada kan.Hanya kenangan bersama mereka jelah untuk ila.

Nasihat dari mereka pada ila dulu akan ila ingat sampai bila bila. Entahlah.Apa apa pun ila mesti teruskan hidup ila.Untuk menjaga apa yg mereka tinggalkan pada ila.

ILA RINDU KALIAN SEMUA....

SERBA TAK KENA...KU SAKIT GIGI


Ila paling tak suka sakit gigi.Aduiyaiiiiiii.boleh pulak sakit time ni. Nak makan pun rasa tak kena.Nak g dentist takde pulak kat pekan ni.Tunggu balik kuchinglah. Adui...mcm mana ni.Nak makan tak lalu, nak tido pun tak lena, nak mandi pun tak basah.

Yang sakit tuuuuuuu yang ila tandakan merah tu. Sakit sangat sangat.Menyengat nyengat je rasanya. Berlubang ...Dah tu dah rasa goyang goyang. Tak sukanya.....


CAKAP TU PANDANG PANDANG

Kadang kadang ila tak pahamlah hati manusia ni. Tadi time g kenduri duduklah ngan makcik ila. Adalah seorang hamba Allah dok mengata ayah dan mak ila. Huh...mcm mcm. Nak gak sound dia...makcik....tak tau cerita jgn pandai pandai nak ckp ok.Buat tambah dosa je.Tapi ila sabar lagi.Ila diam je menahan hati.

Apa salah mak dan ayah ambik kami 3 beradik jadi anak angkat.Ada susahkan mereka.Ada mintak duit mereka besarkan kami, bagi pelajaran kat kami.Takde kan?Biar pun kami dulu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Memang tadi ila rasa sebak sgt.Mereka tak tau kot ila ni anak arwah ayah dan mak. Memang betul ke anak pompuan ni menyusahkan.Macam2x versi cerita ila dgr pasal ayah, mak dan akak. Sampaikan mrk ckp akak............Adui....

Itulah yang buat ila tak tahan tadi dan membuatkan ila bersuara. Ila kena buat begitu.Ila tak nak nama akak busuk, buruk.Akak ila adalah sebaik baik wanita yang Allah ciptakan.Sesiapa yang kenal akak mrk akan tahu kebenaran kata ila.

Makcik berdua, ila dah mohon maaf dah tadi.Ila bukan nak berkasar, cuma ila nak tegakkan kebenaran. Lain kali klu bercakap pandanglah kiri kanan, depan dan belakang. Mata mata banyak yang memandang makcik.

Sekian terima kasih

KENDURI KENDARA

Pagi tadi ila n makcik g kenduri kahwin anak salah sorang pekerja. Buat kat kampung.Syok...kalau g kenduri kat kampung.Lauk2xnya pun sedap.Memenuhi selera dan tekak. Hahaha. Lauknya ada umbut kelapa masak lemak, keceni nanas, sambal tumis ikan masin, ayam masak merah,daging masak hitam.Nasi lak ada dua pilihan.Nasi minyak dan nasi putih.Sorilah...gambar tak sempat nak ambik, seronok sgt tadi.

Tapi kenduri kat kampung ni kan, jemputannya jam 8 pagi.Kalau kat Kuching jam 10.pagi. Kalau area semenanjung, jemputan datang je terus makan.Kat sarawak tak, jemputan datang dok dulu kat rumah, dok sembang sembang [yelah..time tulah nak jumpa sedara, jiran dan sahabat handai] lepas tu lebih kurang 50 saprah[200 org] mkn sekali.Hidang ok...bukan buffet.

Mana tak kenduri habis sepenuhnya jam 1-2 ptg.Time tu pengantin dah basuh periuk dah. Yelah...lain tempat lainlah cara dan adatnya ye tak.


Friday, January 29, 2010

AIR MATA LELAKI


Memang diakui lelaki susah untuk mengalirkan air mata. Tapi ila pernah menyaksikan sendiri ayah ila mengalirkan air mata.Bukan disebabkan anak anak dia.Tapi disebabkan seseorang yang dia telah pilih untuk mnjadi menantunya . Betapa keluarga kami dihina, dicaci sewenangnya.

Tanpa sengaja ila melihat air mata ayah mengalir, dan sebolehnya dia ingin menyembunyikan kesedihan dia itu. Dia berpaling dan mengesat air matanya.Sedih hati ini bila mengenangkan semua itu. Bila terdengar dekat SURIA FM membincangkan tajuk AIR MATA LELAKI....ila teringatkan ayah ila.

Ayah...ila rindu ayah.Rindu sgt sgt.Kasih sayang, didikan ayah pada ila akan ila kenang untuk selamanya ayah.




CINTA ABADI

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga

untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu
tanpa pertimbangan.

WANITA IBARAT BUNGA

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

TOOTH FAIRY


Synopsis: Dwayne Johnson is "The Tooth Fairy," also known as Derek Thompson, a hard-charging minor league hockey player whose nickname comes from his habit of separating opposing players from their bicuspids. When Derek discourages a youngster's hopes, he's sentenced to one week's hard labor as a real tooth fairy, complete with the requisite wings, magic wand. At first, Derek "can't handle the tooth" – bumbling and stumbling as he tries to furtively wing his way through strangers' homes... doing what tooth fairies do. But as Derek slowly adapts to his new position, he begins to rediscover his own forgotten dreams. (Source: 20th Century Fox (M) Sdn. Bhd.)
Release Date: 21 January 2010
Language: English
Running Time: 1 hour 43 minutes
Director: Michael Lembeck
Cast: Dwayne Johnson, Ashley Judd, Stephen Merchant, Julie Andrews, Ryan Sheckler.

Thursday, January 28, 2010

MENUKU MLM INI


Malam ni ila makan mihun sup je.Buat yang simple simple je. Dah tu nak habiskan segala lauk dlm peti sejuk.Esok nak beli stok baru.

SELINGAN


PANTUN UNTUK ORG MALAS SOLAT

dapat dari emel

Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......


Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....


Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...


Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...


Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!"

BANYAK DUIT PUN SUSAH


Masalah jugak dah ada banyaki duit ni ye. Dah banyak sgt simpanlah kat bank ataupun bagi kepada golongan yang memerlukan.




SELAMAT HARI KHAMIS


Wednesday, January 27, 2010

IKATAN TUDUNG-TUDUNG JURAI GIPSI


Tudung gipsi sesuai pengantin berwajah bujur, bagaimanapun, pemakaian anak tudung Syahirah bersama sedikit rambut palsu membentuk sanggul tinggi di bahagian belakang kepala dapat membantu memberikan ilusi bujur pada pengantin berwajah bersegi atau bulat.

Langkah 1: Pakaikan anak tudung keras bersama sedikit rambut palsu dan lapiskan anak tudung Syahirah kemudian ikat kemas. Jika perlu, semat peniti di bahagian sanggul supaya ikatan anak tudung benar-benar kemas.

Langkah 2: Letakkan selendang, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat.

Langkah 3: Sematkan pin bersama peniti di bahagian sanggul kemudian hujung tudung dipintal membentuk lingkaran di bahagian belakang kepala.

Langkah 4: Letakkan aksesori juraian manik sebelum dipakaikan layah kembang payung dan tiara."


*BERITA HARIAN

IKATAN TUDUNG-SELENDANG SYAHIRAH



Selendang panjang boleh digayakan dengan pelbagai ikatan berbeza. Hujung selendang boleh dibentuk bulat atau V bertujuan memberikan ilusi bujur pada wajah bersegi, bulat atau dimensi pendek.

Langkah 1: Sarungkan serkup keras bersama anak tudung Syahirah dengan kemas.

Langkah 2: Letakkan selendang Syahirah, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat. Kemudian tarik hujung sebelah kiri membentuk V senget lalu disemat peniti di kedua-dua belah bahu.

Langkah 3: Tarik hujung selendang sebelah kanan membentuk V senget selari V pertama lantas disemat peniti bertujuan untuk mengemaskan ikatan.

Langkah 4: Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik."
*BERITA HARIAN

SENYUM KAMBING


Betul...apa mrk katakan. Ila dh lalui pengalaman tu.Bas ekspress laju mcm apa..........dok potong memotong kereta lain.Kalau driver sorang dlm bas tu no hallah.Ni bawak nyawa org lain.Bukan mrk takde keluarga, isteri, anak, ada yang nk kahwin tu. Tak kesian ke ngan insan insan yang mereka sayang. Pihak terbabit harus tegas dalam hal ni. Bagi hukuman yang setimpal.Biar pemandu lin tak berani mengulangi benda yang sama.

TODAY IS RABU


Sekejap je kita dah sampai di pertengahan minggu.Seperti biasa mcm mcm yang kita lalui.Ada gembira, suka,pahit,mnis, sihat, kurang sihat dan sakit. Ila alhamdulillah.Perjalanan hidup untuk 3 hari ini adalah baiki baik saja.Cuma awal minggu ila dah MC.Yelah...kepala tak berapa nak sihat.Sakit,pening dan rasa berat semacam je. Hari isnin, telan ubat dan boommmmmmmmmm tidolah.apa lagi. Boleh rehat untuk 3 hari.Yelah.Sabtu,Ahad dan Isnin.


Hari ini sebulan 13 hari ila keseorangan.Selama tu jugak kak n aina tinggalkan ila sorang sorang.Ila rindu sgt pd mrk. Di mana kan jump pengganti mereka.? Ila terlalu rindu pd mrk.Kerinduan itu sentiasa datang pd ila.


Akak..........Aina..........ILA RINDU

Tuesday, January 26, 2010

LEMAH JANTUNG

Lemah Jantung

Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Sebab-sebab lemah jantung:

  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid

Simptom

  • Letih
  • Sesak nafas
  • Aktiviti fizikal yang terhad
  • Bengkak Kaki

Komplikasi

  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit

Rawatan

Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)

  • Pengambilan air dan garam secara terhad
  • Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

Farmakologi

  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Pencegahan

  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • TIDAK MEROKOK.KALAU MEROKOK KENA KURANGKAN YE.
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa

CIK TOMATO


Selamat malam tuan tuan dan puan puan

Umum mengetahui T-O-M-A-T-O..Banyak khasiatnya.Tetapi sayang ramai yang tidak suka makan tomato. Nak tahu apa khasiatnya....disini saya Aidila akan memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai tomato ini......
Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan
produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding
beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah
penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen.
Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang
terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.
Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam
badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati
menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko
kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi
tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi
tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin
C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan
oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali
dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk
sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan
akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan
wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit
kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit
otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan
alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat
membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella
dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah
didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan
meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem
pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai
kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.

Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah
walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap
empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam
ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk
kesegaran fikiran.


TOM YAM KUNG AIDILA

Di suatu yang petang semasa memandu untuk balik umah...diri ini dok memikir mikio nak makan apa ye.. Yahhhhhhhh nak makan tomyam.Tapi dok ingat ingat dalam my peti sejuk takde apa. Takpelah singgah jap kat supermarket.Ila li ayam, daging,sotong,udang, cendawan , serai , carrot, bunga kobis dan tomato.Dan yang paling penting pes tomyam. Balik umah potong potong semua ila campak campak je dalam periuk. letak pes tomyam, letak serai masaklah sampai tomyam tu masak.Sambil tu masaklah nasi ye puan puan semua.Kang tomyam masak nasik pulak takde.Terbantut selera nanti ye puan puan.

Selain tu ila buat gak telur dadar. Ila memang suka makan tomyam,nasi n telur dadar.Tapi kwn kwn ila komplen tomyam banyak sanagt tomato. Ila suka tomato apa.....Untuk kulit yang licin.Sukahati koranglah nak komen ke, komplen ke.Yang penting ila dah masak ok.Korang nak makan makan.Tak nak sudah. Ila tengok licin gak tomyam satu mangkuk tu. Kata ...........tak suka tomato. Gambar takde sebab ila dah lapar sgt, dah teringin sangat nak ngap. Takpe ila tinggalkan korang ngan gambar ni ye

.

N
i dari usaha ila googleing. Rupa lebih kurang sama. Rasa ...rasanya tomyam aidila lagi sedap kot. sapa nak pujikan kalau bukan diri sendiri.

Ok puan puan...kita berjumpa di masa dan hari yang sama bersama di Rancangan DAPUR CIK AIDILA.

BIG...........MAC

Tadi kan ila cakap ila teringin sgt mkn BIG MAC. Dah ila tak tahan ila curi curi kuar dari lab pergi MCD terdekat.Dekat ngan SARAWAK PLAZA.yabedabedu....Ila cari port baik punya dan menikmati kesedapannya. Org sekarang nak makan prosperity je kan.Ila tak...tak berapa minat pun.Yang penting BIG MAC ku tetap membuat ila terpikat. yayayaya...

NK WAT PER NI....

Dah tgh hari ni , tak tau nak wat apa. Nak buat kerja org tk berani lak ila.ila ni praktikal je kat sini.Kalau ada arahan baru berani buat.
Nak makan....lagilah.kenyang yang amat sgt sgt. Kang makan takde tempat dah nak diletaknya. Petang karanglah baru makan. Dok mengidam nak mkn BIG MAC ni. MCD....tunggu...petang ni ila terjah dirimu ok.

Monday, January 25, 2010

SINOPSIS CERITA NA-O-MEI


Sebuah siri baru bagi menggantikan Cinta Balqis dalam slot AKASIA - NA-O-MEI...
Dengan menampilkan lakonan berkesan Elly Mazlein, Nabila Huda, Puteri Sarah, Rozita Che Wan dan Fauzi Nawawi...
ni sinopsis aku jumpe utk sharing... mcm exciting jer drama ni. hehee;)

SINOPSIS....
Naomei ni sebenarnya adalah nama orang... kisah hidup naomei... Naomei muda- puteri sarah, dia masuk islam nama sudah jadik aisyah naomei. Dalam diam2 naomei bercinta dengan Azhar (Ryzal Dunia Baru). Azhar adalah anak majikan dia. Sebelum Azhar further study, diorang kawin diam2.. n eventually Aisyah mengandung... Azhar dapat berita Aisyah mengandung after dia fly to Aussie.. Then Aisyah berkorban simpan rahsia, but majikan dia dapat detect sebab dia asyik loya2.. Then bawak pergi cek doktor, she is positive mengandung. So majikan dia halau dia.

During the pregnancy period tu, Aisyah Naomei dah pindah ke utara Malaysia, duduk dalam satu rumah usang kepunyaan Maimon (Wan Maimunah) sampailah dia bersalin sendiri dalam rumah usang tu. Esoknya Maimon ke rumah tersebut dan menjumpai Aisyah lalu dibawa balik dan dijaga. Anak yang dilahirkannya itu diberi nama NAOMEI.

Beberapa bulan kemudian, Aisyah nekad mahu bekerja dinegeri lain kerana Moon- adik majikan lamanya sering mengekorinya. Lalu Aisyah meninggalkan anaknya dibawah jagaan Maimon dan Kassim (Kaza). Aisyah berpindah untuk bekerja disempadan. Aisyah dapat kerja disebuah kilang, dan dikilang itu ada seorang supervisor bernama Ayie (Syed Ali) yang menaruh hati kepada Aisyah dan mengajak Aisyah kahwin. Aisyah sebenarnya tak suke Ayie, tapi sebab Ayie ugut yang dia ada simpan satu rahsia Aisyah, dia pun kawin.

Dalam masa itu, NAOMEI anak Aisyah dijaga ibarat anak sendiri oleh kedua-dua suami isteri Kassim dan Maimon.. Dan selepas Aisyah berkahwin, dia terus meletakkan hak jagaan NAOMEI dibawah Kassim dan isterinya. Hasil perkahwinan kedua Aisyah, dia mengandung. Dalam pada itu, Ayie mula menunjukkan belangnya; seorang kaki pukul.. Cukup sembilan bulan Aisyah bersalin anak perempuan dan diberi nama Kamelia.

Berbalik pada Azhar (Ryzal), lepas tiga tahun di Aussie, dia balik n mendapati Aisyah dah tidak bekerja kat rumah dia lagi.. Dia cuba nak cari dan akhirnya mengaku pada parents dia yang diorang dah kawin. Parents Azhar minta Azhar lupakan dan cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Akhirnya Azhar memilih Ann Ngasri sebagai isteri, Ann ( lupalah nama watak) adalah seorang janda anak satu. Anaknya bernama Arman.

KAWAN

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka berncinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...

Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi

KAWAN,TEMAN DAN SAHABAT

Ila akui ila takde teman baik pun. Nape ek? Entahlah ila pun tak tau jawapannya.Time sekolah kawan sekolah, time u ni kawan u lah.Kat kampung ila takde teman rapat pun.

Kadang kadang bila tengok budak budak lain hang out dengan kawan kawan , rasa cemburu lak rasa .Apa salah ila ek.Ila sombong ke? Tak....ila leh bercakap ngan sesiapa je. Ila inginkan seorang kawan yang ila leh luahkan segalanya, kongsikan segalanya. Ila dah takde sesiapa dah............................................

KEBENARAN ITU PAHIT

Kalau ila tahu semua ini akan terjadi, ila takkan akan memberitahu sebenarnya yang berlaku. Kebenaran itu pahit sebenarnya. Dan ila akui bila ila sendiri mengetahui kebenarannya ila rasa diri ini telah ditipu , telah dipermainkan. Begitu teliti sekali perancangan yang dibuat.Dan setelah segalanya dibongkar satu persatu akhirnya ila tetap sendiri. Jejak mereka pun ila tak tau di mana. Sampai hati betul membiarkan ila sendiri. Kerana ini ila telah dibenci oleh seseorang yang amat ila kasihi.Tapi ila tak salahkan dia.Dia berhak untuk merasakan sedemikian seperti mana ila pernah rasa.tapi dia tak melihat dan meyaksikan sendiri apa yang telah berlaku.Kalau dia tahu dia akan paham kenapa semua ini dilakukan.Entahlah.sampai bila kisah ini akan berakhir.Adakah penghujungnya atau tergantung sebegini sahaja.


MONDAY aka ISNIN

Hari isnin.Hari yang paling malas untuk ila.Dan ila rasa untuk semua org gak.
Pagi pagi tadi bangun kepala ila dah rasa semacam dah.Berat je rasa.Migrain ke.
SO....ila decide namo g spital hari ini.MC lah. Dah pening apa yang leh buat kan.Baik dok rumah diam diam rehat.

Malam tadi ila mimpi lagi.Mimpi akak n aina. Akak n aina senyum je. Betul kata abang mereka seronok kat sana.Kita yang kat sini je dok sedih rindukan mereka. Tapi bagi ila sampai bila bila pun ila akan rindukan mereka. Sapa yang paham akan paham apa yang ila rasa.

Sunday, January 24, 2010

THIS WEEKEND

Hujung minggu ni ila rasa seronok sgt.sebab makcik n abang izat datang.yelah...leh dapat lepaskan irndu pada mereka. Sonok ila dapat lihat gambar si kecik ADLI NUQMAN. Aah sebijik muka dia. ADLI NUQMAN....TUKUN JR. kata abang. Aah lahir pada birthday abang. Kalau akak ada kita leh sambut birthday sekalilah ek.Yelah sambut in March.Coz Aina,Abang n Tukun Jr-Januari, Ila-Februari n akak March.

Tapi mereka berdua datang tak lama. Sekejap tadi balik.Ambik flight kul 7. Entah bila nak jumpa mereka lagi.Yelah abang izat next week akan balik ke DUBAI. Balik balik pun time kahwin ngan kak Idah nanti kot. Kak Idah pun masih banyak benda nak dia urus dan selesaikan.

Semalam dan hari ni ila betul betul isikan masa dengan mereka berdua. Mereka bawak ila ke pusara mereka berempat, g resort. Ila sebak, ila sedih, semua ila ada rasa. Ila tak rasa ila seorang je dah sekarang.Ila dah ada makcik, pakcik, dan dua abang yang sangat ambik berat pasal ila. Ila janji ila takkan menghampakan mereka.Itu janji ila.

Ila nak jadi seorang yang berjaya dalam hidup.Biar seimbang dunia akhirat.Ila inginkan sebuah keluarga yang bahagia, ye...mcm family ila dahulu.Family yang penuh kasih sayang. Memang ila akan bawak calon ila tu jumpa abang.Kena interview dulu.Kalau dia bagi green light...ok. Ye....ila tahu dia nak yang terbaik untuk adik dia ni. Bukan mudah dia nak lepaskan ila pada org lain kan bang.

Oklah.ila nak iron baju lu. Esok tak ila kelam kabut.

KENDURI KOSONG TANPA HIDANGAN

GEOEGETOWN: "Saya dan keluarga malu serta tidak sangka mereka sanggup buat begini sehingga tergamak mengaibkan kami," kata Syed Mohd Hisham Syed Gereld Jalil, wakil keluarga pengantin perempuan selepas kegagalan pihak katering menyediakan juadah makan malam untuk 500 tetamu di Kompleks Masyarakat Penyayang di Jalan Utama di sini, kelmarin.


Lebih memalukan, tempahan dan bayaran sudah dibuat, malah rekod tempahan turut dipaparkan di papan kenyataan sebaliknya wakil pengurusan katering dipercayai ke Kuala Lumpur, kononnya ada urusan penting dengan membiarkan tetamu yang hadir kelaparan.

Syed Mohd Hisham, 39, dari Jalan Kelawei di sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika majlis makan malam sempena persandingan adik bongsunya, Sharifah Norliza, 20-an dengan Shaiful Nizam Mohamed, 27, yang sudah diijabkabulkan 18 Disember lalu.


Menurutnya, keluarganya membuat tempahan makan malam untuk 500 tetamu dengan bayaran RM5,500 sejak sebulan lalu, dan Rabu lalu, membuat bayaran tunai kepada pengurusan kompleks itu.

Katanya, keluarganya tidak mengesyaki perkara seperti itu akan berlaku kerana syarikat berkenaan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu di bawah kendalian dan kelolaan agensi kerajaan negeri.

"Pada jam 7 malam kelmarin, seorang saudara tiba awal di kompleks berkenaan dan menghubungi saya menyatakan tiada sebarang persediaan makanan dilakukan untuk majlis persandingan malam itu.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mungkin mereka terlewat. Namun, sehingga jam 8 malam, mereka tidak muncul malah tetamu semakin ramai sehingga menyebabkan mereka termasuk keluarga pengantin lelaki kelaparan," katanya.

Syed Mohd Hisham berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan usaha menemui pengurus syarikat katering berkenaan gagal apabila dimaklumkan berada di Kuala Lumpur, malah berjanji membayar ganti rugi menerusi panggilan telefon.

Menurutnya, kejadian berkenaan mengaibkan keluarganya terutama Sharifah Norliza yang menitiskan air mata apabila tetamu yang hadir pada majlis bersejarahnya terpaksa berlapar.

"Malah, ahli keluarga marah dan malu dengan apa yang berlaku. Saya tidak tahu apa tujuan mereka buat begini dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang selepas mengalami kerugian hampir RM20,000 untuk penyediaan majlis makan malam itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka bernasib baik kerana ada seorang membantu mendapatkan makanan dari sebuah restoran nasi kandar untuk menyediakan hidangan kepada tetamu pada saat akhir.

"Kami akan menuntut hak dan akan membuat aduan termasuk kepada polis selain menuntut di Tribunal Tuntutan Pengguna," katanya.

Sementara itu, pengantin lelaki, Shaiful Nizam berkata, dia turut malu dengan kejadian itu malah, menyelar sikap tidak profesional syarikat katering berkenaan.

"Saya kecewa dan malu dengan apa yang berlaku. Mereka hendak duit segera, tetapi tidak buat kerja sepatutnya sehingga menyusahkan keluarga mentua dan kami tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

HARIAN METRO AHAD 240110


Mcm mana pihak katering boleh mcm ni kan. Kita dah order dan buat bayaran .Malulah tuan rumah mcm ni.Lepas ni jgn ambik katering ni lagi.Gamkan terus.

HUJAN DAN PANAS


Kadang kadang kita sebagai manusia ni tak bersyukur atas anugerah Tuhan. Dah hujan..........aduiiiiii susahlah hujan mcm ni. Semua yang di plan tak berjalan lancar.Dah Panas........adui...panasnya....cubalah hujan. Bagi ila , ila tak kisah hujan ke panas ke. Lebih lebih lagi kalau hujang di waktu malam. Fuh...nikmatnya tido. Kalau panas terik tu pulak......lagi ila suka...kain baju cepat kering. Tul tak?

Begitu juga hidup kita .Ada masa panas, mendung dan hujan. Yelah....takkan kegembiraan dan kesukaan je kan.Pasti ada kesedihan dan kedukaan diantaranya.Warna kehidupan lah tu. Apa je yang terjadi, rasa syukkur tu kena ada. Kadang kadang kesedihan, kedukaan yang datang tu dan sebagai cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Jadikannya sebagai pengalaman untuk kita meneruskan kehidupan yang akan datang.



KATE & DIANA



KATE Middleton kini berusia 28 tahun. Beliau meraikannya 9 Januari lalu hanya dengan rakan rapat, termasuk kekasihnya sejak lapan tahun lalu, Putera William.


Namun, di hatinya pasti tertanya-tanya apakah tahun ini bakal menjadi tahun paling gembira buat dirinya apabila William melamarnya.


Pada masa ini harapannya cerah kerana William pernah menyatakan tidak akan memikirkannya sehingga mencecah usia 28 hingga 30 tahun. Jun ini, William akan meraikan hari jadinya yang ke-28.


Syarikat judi, Ladbrokes percaya William akan melamar Kate tahun ini hingga menyebabkan jumlah bayaran diturunkan kepada hanya 5/1.


Yang pasti, Kate yang mula dikenali William ketika menuntut di Universiti St Andrews pada 2002 kini sudah berubah menjadi wanita matang yang jelita, serta layak untuk bergelar isteri seorang raja England.

Kebijaksanaan Kate memilih pakaian sesuai di setiap majlis mahupun ketika bersantai menyebabkan ramai membandingkan dirinya dengan mendiang ibu William, Puteri Diana. Sebab itu tidak mustahil Kate bukan saja bakal menjadi isteri William tapi juga puteri yang disanjung rakyat.


Pengarang majalah Vogue, Alexandra Shulman percaya Kate tidak berdepan masalah untuk menurut jejak Diana sebagai ikon fesyen dunia.


“Kate adalah versi kontemporari Diana. Beliau memiliki gaya sama seperti Diana dan pasti akan menjadi lebih glamor,” katanya.


Persamaan tidak terhenti setakat itu saja kerana seperti Diana yang meminati Putera Charles sejak kecil, Kate turut menampal poster William di kamar di sekolahnya, Kolej Marlborough.


Kedua-duanya juga lebih suka menghabiskan masa bersukan dan berski daripada melepak di kelab malam.


Namun, ada juga yang berasa Kate lebih yakin dengan fesyen yang ingin dipakainya berbanding Diana.


Pereka baju pengantin yang dipakai Diana, David Emanuel, 57, menganggap Kate memiliki kecantikan semula jadi.

“Beliau tidak memakai mekap tebal dan rambutnya juga sentiasa bersinar. Kate kerap mendedahkan kakinya kerana ia adalah asetnya. Kate juga mudah bergaya dalam apa jua jenis pakaian kerana beliau gadis tinggi.


“Malah, beliau seolah-olah dilahirkan dalam keluarga kerabat kerana tidak pernah sekalipun beliau kelihatan selekeh atau ada pakaian dipakainya kelihatan tidak sesuai dengan dirinya.


“Lebih daripada itu, Kate lebih berpengalaman berbanding Diana yang hidup terkongkong di dalam istana. Beliau berasal daripada keluarga hartawan dan kelihatan yakin dengan dirinya sendiri,” katanya.


Seorang lagi pereka, Bruce Oldfield, bertemu Diana buat pertama kali pada malam menjelang majlis perkahwinannya dengan Charles.


“Beliau tidak tahu apa yang bakal dihadapinya. Beliau tidak tahu bergaya berbanding dengan Kate pada masa ini,” katanya.


Bagi Rumah Windsor, ketrampilan dan gaya hidup Kate yang stabil memberi jaminan beliau tidak akan memburukkan kredibiliti keluarga kerabat England.


Seperti Diana, Kate turut menerima nasihat untuk mencantikkan dirinya. Jika Diana dinasihat kakitangan Vogue, Anna Harvey, Kate pula menerima nasihat pakar kecantikan, Leesa Whisker yang didakwa bertanggungjawab membantu beliau memilih pakaiannya.


Yang pasti, tiada siapa sangsi Kate mampu menjadi idola fesyen dunia andai beliau mengahwini kekasihnya. Pada sambutan hari jadinya yang ke-25, tindakan Kate memakai baju keluaran Topshop yang hanya bernilai £40 (RM218) menyebabkan ia habis dijual pada keesokan harinya.


Sebagai calon Ratu England, Kate aset besar industri fesyen Britain andai beliau menuruti tradisi beli barangan keluaran tempatan yang diamal wanita keturunan raja tempatan.


Pengarah fesyen disegani, Hilary Alexander berharap Kate bakal menjadi duta fesyen tempatan sebaik saja pertunangannya diumum.


“Pastinya menarik jika Kate memilih memakai pakaian dihasil pereka muda seperti Richard Nicoll, Jonathan Saunders atau Christopher Kane. Dengan latar belakangnya yang menarik, beliau mampu meningkatkan populariti fesyen Britain ke seluruh dunia,” katanya.


Apapun, Kate kelihatan lebih yakin kerana hidupnya sering menjadi tumpuan manakala keluarga kerabat pula sering menghubunginya, mengelak beliau berasa terpinggir seperti Diana.


Di majlis keraian, beliau sentiasa ditemani sama ada keluarga kerabat atau penasihat William.


Contohnya, ketika menyaksikan penabalan William sebagai Knight of the Garter ke-1,000 di Gereja St George, beliau diiring Putera Harry manakala di majlis tamat latihan di Sandhurst, Kate ditemani pula Setiausaha Sulit William, Jamie Lowther-Pinkerton dan makcik William, Lady Sarah McCorquodale menemai Kate pula di majlis menerima sayap di RAF Cranwell.


Situasi itu berbeza berbanding Diana yang sebelum bertunang dirakam bersendirian di depan Hotel Ritz, London pada 1980 ketika menghadiri majlis hari jadi ke-50 Puteri Margaret.


Tindakan mengharamkan jurugambar bebas merakam gambar di estet diraja di Sandringham dilihat sebagai persiapan pertunangan Kate dan William.


Buat masa ini, beliau kelihatan bebas merancang apa jua yang ingin dilakukannya tanpa diiringi polis mahupun mendapat kelulusan daripada Pejabat Luar Negara.


Bagaimanapun, hakikatnya pihak istana berusaha memastikan Kate tidak berasa dirinya hidup dalam sangkar kaca sebaik saja bergelar kerabat diraja Britain.


Sukar untuk menurut jejak Diana yang menjadi pujaan masyarakat Britain tapi jika ada yang mampu melakukannya, Kate adalah orangnya.

PETIKAN METRO AHAD-24.01.2010

Hope kate jugak seprrti PUTERI DIANA seorang puteri yang berjiwa rakyat. Time dia meninggal tempoh hari , ila dalam tahun 5.Budak kecik lagi. Tapi kita suka dia, minat dia. Wajahnya cantik, lembut je.

SI KECIK YANG CILIK




MACAULAY CULKIN

Apa kabar dia sekarang ni ye.Dulu ila minat sgt dia nih. Semalam tengok citer Richie Rich. Ila beratus kali tengok pun ila tak kisah.Begitu jugaklah ngan citer Home Alone. Terikut ikut ngan minat akak ila.Sebab dia suka tengok citer budak kecik. Home Alone, Richie Rich, Free Willy, Tom n Jerry, Tweety, dia ada semua koleksi cerita tersebut dan dia sayang sgt sgt koleksi dia tuh.

Mana Macaulay Culkin sekarang ni ek? Kan dia dah kawin hari tuh.Dan dia antara yang termuda berkahwin. Suka tengok dia nih. cute sgt sgt.Time keciknya lah.

Saturday, January 23, 2010

MY NEW AIR COMBAT COLLECTION

YAHOOOO.....
YIPPIEEEEEEEEEE
Collections ila dah nnak hampir sempurna.
AIR COMBAT ada 32 semuanya dan sekarang ila dah ada 24
semuanya. Yang terbaru ila dapat
JENG JENG JENG

V
V

V
V
V
V




KOLEKSI AIR COMBAT SEMUANYA

1. TORNADO

2. PHANTOM

3. TOMCAT

4. STUKA

5. APACHE

6. RAFALE

7. SPITFIRE

8. EAGLE

9. SEA HARRIER

10. CRUSADER

11. NIGHT HAWK

12. STAR FIGHTHER

13. MUSTANG

14. MIG 29

15. SABER

16. CORSAIR

17. FW 190

18. MIRAGE III

19. BF 109

20. MI 24

21. TIGER

22. ZERO

23. FIGHTING FAICOM

24. METEOR

25. SCHWABLE

26. MIRAGE 2000

27. SKY HAWK

28. TEMPEST

29. JAGUAR

30. WARHAWK

31. MIG 17 FRISCO

32. COBRA


yang kita besarkan tu lah yang takde lagi.takpe.....nanti adalah jumpa tu.