Kalau ila tahu semua ini akan terjadi, ila takkan akan memberitahu sebenarnya yang berlaku. Kebenaran itu pahit sebenarnya. Dan ila akui bila ila sendiri mengetahui kebenarannya ila rasa diri ini telah ditipu , telah dipermainkan. Begitu teliti sekali perancangan yang dibuat.Dan setelah segalanya dibongkar satu persatu akhirnya ila tetap sendiri. Jejak mereka pun ila tak tau di mana. Sampai hati betul membiarkan ila sendiri. Kerana ini ila telah dibenci oleh seseorang yang amat ila kasihi.Tapi ila tak salahkan dia.Dia berhak untuk merasakan sedemikian seperti mana ila pernah rasa.tapi dia tak melihat dan meyaksikan sendiri apa yang telah berlaku.Kalau dia tahu dia akan paham kenapa semua ini dilakukan.Entahlah.sampai bila kisah ini akan berakhir.Adakah penghujungnya atau tergantung sebegini sahaja.
selera serumah
7 years ago
No comments:
Post a Comment