
Selendang panjang boleh digayakan dengan pelbagai ikatan berbeza. Hujung selendang boleh dibentuk bulat atau V bertujuan memberikan ilusi bujur pada wajah bersegi, bulat atau dimensi pendek.
Langkah 1: Sarungkan serkup keras bersama anak tudung Syahirah dengan kemas.
Langkah 2: Letakkan selendang Syahirah, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat. Kemudian tarik hujung sebelah kiri membentuk V senget lalu disemat peniti di kedua-dua belah bahu.
Langkah 3: Tarik hujung selendang sebelah kanan membentuk V senget selari V pertama lantas disemat peniti bertujuan untuk mengemaskan ikatan.
Langkah 4: Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik."
*BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment