Monday, March 29, 2010

MORNING

Salam semua. Hari ni boleh bangun awal lak.Mungkin semalam tido awal agaknya. Ntahlah.Kadang kadang ila takut untuk menempuhi hari hari mendatang. Yelah...dengan apa yang berlaku membuatkan ila jadi takut. Hanya yang mengetahuinya,melaluinya akan paham. Tapi bila dipikirkan nak tak nak kita laluinya jugak. Lumrah kehidupan. Kehidupan kena diteruskan. Kena redha...kena tawakal.

indah betul pagi hari di kampung ku ini.kesejukkannya sampai ke tulang.

ila rindu sgt sgt dengan suasana in..takpe next week leh balik.



Friday, March 26, 2010

Di Sudut Kamar Hati Ku

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada


Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman




Sunday, March 21, 2010

KAK LIAH

Entah...sepatutnya ila dah wat enry ni semalam.Tapi Ila tak punyai kekuatan untuk itu.Ila rasa sedih sesangat.Semalam birthday arwah akak yang ke29 tahun. Kalau dia ada ntah kemana dia bawak kami bercuti tahun ni.,Dia suka berjalan, suka ambik gambar.Ila rindu sgt sgt kat dia.

Dengan dia je ila boleh bercerita segalanya. Dia ada seorang pendengar yg sgt baik.I know abang pun tahu kan.Betul kata abang dia tiada penggantinya.Susah untuk dapat seseorang sepertinya.Seorang yang punya hati yg sgt baik.Lembut...suka tersenyum.senyumannya pun manis.Sesorang yang sgt memahami. Ila paham kenapa abang sgt sygkannya.Dan tak boleh lupakan dia.

Abang...

Ila tahu memang susah untuk abang lupakan dia. Memang susah untuk abang menjumpai wanita seperti dirinya.Seorang yang penuh ngan kasih sayang, penuh kelembutan dan sangat sangat memahami diri abang.

Tapi abang jgn lupa, abang punyai kehidupan sendiri.Abang perlukan seorang teman/kekasih untuk mengisi kekosongan itu bang.



JIWA AKU LAGI KACAU

Dia ingat dia sorang ke jiwa kacau.Jiwa Ila lagi kacau.Rasa tak nak balik Kuching lagi dah. Balik mesti mcm mcm masalah yang akan datang.

Dan semestinya betul.Baru je menjejakkan kaki di depan pagar rumah...seseorang telah menunggu........dan semestinya perang mulut telah berlaku.

Ila kesal,Ila kecewa kenapa semua ini diungkit kembali.Mereka kembali kerana apa?Kerana apa yang ila ada sekarang ni ke?

Ila tak perlukan semua ini.Kalau boleh ila boleh bagi.Tapi ila sedar bukan hak korang dan juga bukan hak ila. Ila hanya penjaga yang hanya akan menguruskannya.

ILA PASRAH



Wednesday, March 17, 2010

BERTAMU DI KALBU




Ku genggam semilir malam

Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu


ila suka dengar lagu ni.time nak tido ila mesti dgr lagu ni.mendayu sgt.



BILA KESUNYIAN.... RINDU PUN DATANG

Kala ini ila sering teringatkan mak ayah akak n adik. Rindu sgt dekat mereka. Semua kenangan kami hadir satu persatu.argh.........rindunya dekat semua tu.

oh ya...ila dekat umah best friend akak.kak idah. nak nengok baby nuqman.ala.....comelnya dia.persis abang izat.tapi ada tahi lalat mcm akak.aik...mcm mana tu. sure manis gak mcm akak liah. tapi dianya lelaki. ADLI NUQMAN.Nama yang akak liah bagi.Dia lahir sama birthday abang selepas sebulan akak pergi.Dah dua bulan dah umurnya baru ila sempat tengok NUQMAN. Reti senyum dah. Comel sgt sgt.

Family kak idah ni baik sgt.dari akak ada dulu sampai dah akak takde. Bila tengok NUQMAN ila tak terasa air mata ni jatuh. Nengok nuqman teringat akak. Entahlah.Ila tak tau nape.



SEPI

Berulang kali kumencuba
Memujuk hati
Lupakan semua
Kenangan...

Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau
Tiada di sisi...

Ku berpegang pada janji
Tercipta ... antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah ... begini

Ku belayar di lautan
Tidak bertepian
Sesekali disedarkan
Ombak yang mendatang
Aku seperti hilang
Punca arah dan ... tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu ...



Tuesday, March 16, 2010

RINDU

Salam semua.

Sudah lama ila tak mencoretkan sesuatu disini.Entahlah..ila jadi malas.Cuma ila dok baca blog org je.

Tak tau mengapa.Ila kehilangan idea, ila kehilangan kata kata untuk menaip di sini.Hidup ila rasa kosong.Ila rasa sunyi yang amat sangat. Ila terlalu rindu pd mereka.Kenapa mereka tinggalkan ila.kenapa tak bawak ila bersama.

Ila nak mereka.Ila nak gembira bersama mereka mcm dulu dulu.Ila rindukan semua tu. Ila rindu................

Mak,Ayah,Akak,Adik...ILA rindu kalian semua.Ila takde sapa dah.Ila takde tempat nak meluahkan masalah Ila. Ila takde tempat nak bermanja. Ila tak tahu Ila hidup ni untuk apa??????




Friday, March 5, 2010

KEABADIAN SEBUAH CINTA

Ila terlalu sedih bila membaca entry ni.Memang dia pencinta yang setia. Cintanya pada gadis bertuah itu sangat utuh.CINTA SEJATI..memang susah untuk dimiliki pada masa ni.Tetapi Ila dah menyaksikannya sendiri kekuatan cinta mereka.
Abang sabarlah..Ada hikmah disebalik semua tu bang.Bila Ila baca, Ila tak sedar air mata mengalir. Ye...Ila tau dia di sana pun tahu akan cinta dan kasih sayang abang padanya.





Tuesday, March 2, 2010

SEMERAH CINTA STILLETO


Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.




Monday, March 1, 2010

NOVEL - CINTA KEPALA BATU


Sinopsis : CINTA KEPALA BATU
PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan... dan ketentuan...


Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-473-9



KERINDUAN

Tadi bila menyusuri pantai terasa ketenangan yang amat sangat.Cantik betul sunset hari ni.Begitulah putaran hidup kita kan.Pagi matahari terbit petang pulak matahari terbenam.
Tak taulah kehidupan yang akan datang mcm mana.Kadang kadang kenangan dulu dulu sering datang dalam fikiran.

Ye...Indah sangat masa tu.Ada mak ,ayah, akak dan adik. Gurau senda sering menghiasi hari hari kami.Sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang.Andai dapat Ila undurkan masa, ingin sekali Ila ikut mereka dari hidup dalam kesunyian sebegini.

Kalau duk dlm bilik kiri dinding kanan dinding.Kadang kadang Ila ingin berbual, bergurau,bergaduh macam akak dan aina ada dulu.Tapi...sekarang itu. dengan siapa Ila harus lakukan semua.

Ila rindu sgt sgt sgt pada mereka.Saat menaip ini pun air mata dah mengalir laju.Ila tak mampu nak pendamkan semuanya.Ila perlu luahkan. Mujurlah blog ni ada.Boleh tempat Ila meluahkan segalanya.

ILA BAHAGIA SGT SGT

Ila tiada keinginan untuk update .
Ila jadi malas untuk mencoretkan sesuatu disini.
Kenapa dia datang lagi?
Ye....ila terkejut dia datang dgn familynya ke sini.
Ye...memori silam kembali lagi.
Memori yang sangat menyakitkan hati
DAN
Kenapa dia mengungkit lagi kisah lalu.
Memang semua kita ada cinta pertama kan?
Kekadang cinta pertama akan sampai ke jinjang pelamin, ke anak cucu dan bahagia untuk selamanya.
Dan ila dulu jugak mengingininya jugak.
Tapi cinta pertama Ila terputus di tepi jalan.
Dengan alasan usia Ila terlalu muda, Ila di label sebagai tidak matang.
Ok...Ila terima alasan itu.Dan sidia juga telah berjumpa seseorang yang 'matang' katanya.
Tapi semalam bila berjumpa, kata kata rindu terucap dari bibirnya.
Mudah betul kan?
Bila nak kita, sayang dan rindu,Bila tak nak, tak matang, budak kecik, menyusahkan.
POODAHH....
Padan muka dia ditinggal oleh seseorang yang matangi.
Dulu tunjuk ex ngan Ila.Ila tak kisah.Sebab dulu dia takde , Ila ada family yg sgt sgt sygkan Ila.
Sekarang family Ila dah takde tapi seseorang telah hadir dalam hidup Ila.
Seseorang yang sgt sgt mengambil berat pasal Ila, faham Ila, leh untuk Ila bergurau senda.
Rafiq...lupakanlah semuanya.
Carilah seseorang yang matang untuk rafiq.
N Ila tau rafiq baca blog Ila ni kan.
Ila nak bagi tahu
ILA SANGAT SANGAT BAHAGIA SEKARANG.



HOOPERZ


Hooperz mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bermain dalam sebuah pasukan bola jaring. Variasi karekter dan latar belakang dalam pasukan ini di himpunkan menjadikan sebuah kisah yang menarik. Gelangang bola jaring menjadi tempat bagi mereka untuk lari dari kehidupan rutin mereka yang membosankan.
Kesemua mereka ini kemudiannya membentuk sebuah pasukan bola jarring yang di namakan Hooperz. Walaupun pelbagai rintangan yang berlaku terhadap karekter-karekter ni, namun mereka tidak menjejaskan semangat mereka untuk ke pertandingan akhir Kejohanan Bola Jaring Tahunan



EVOLUSI KL FRIFT 2


Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe. Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini? Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi? Sama-sama kita saksikan!

Tajuk Filem:
Evolusi KL Drift 2

Pengarah:
Syamsul Yusof

Penerbit:
Skop Production Sdn. Bhd.

Pelakon Evolusi KL Drift 2
Syamsul Yusof
Farid Kamil
Scha
Aaron Aziz
Shaheizy Sam
Remy Ishak
Hetty Sarlene
Rizal Ashraf
Adam Corrie Lee