Tuesday, January 26, 2010

CIK TOMATO


Selamat malam tuan tuan dan puan puan

Umum mengetahui T-O-M-A-T-O..Banyak khasiatnya.Tetapi sayang ramai yang tidak suka makan tomato. Nak tahu apa khasiatnya....disini saya Aidila akan memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai tomato ini......
Tomato Sumber Anti Oksidant Yang Diperlukan

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan
produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting.
Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding
beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah
penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oksidant oksigen.
Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Lycopene yang menyebabkan tomato berwarna merah, anti oksidant yang
terbukti mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.
Apabila ia dihadam, Lycopene akan dikumpulkan di organ tertentu dalam
badan diantaranya hati, paru-paru, pundi prostat, usus besar dan kulit.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati
menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko
kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.
Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi
tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi
tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin
C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan
oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak
didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali
dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk
sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.

Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan
akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan
wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit
kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit
otot dan pelbagai.

Badan mempunyai kemampuan sendiri dalam mengimbangkan PH, asid dan
alkali melalui buah pinggang dan paru-paru. Pengambilan tomato dapat
membantu mewujudkan keseimbangan ini. Selain tomato, Alfafa, Chlorella
dan Spirulina adalah turut bersifat alkali.

Tomato adalah sayur-sayuran yang murah untuk dibeli dan mudah
didapati. Khasiat tomato dapat mengurang risiko kanser dan
meningkatkan kadar pengambilan vitamin C bagi menguatkan sistem
pertahanan badan. Ia boleh dimakan mentah atau disekalikan dalam hidangan.

Utamakan pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
setiap hari untuk kesihatan dan langkah pengurangan risiko pelbagai
kanser. Satu hidangan hanya sebesar telapak tangan anda. Jadikan
tomato sebahagian daripadanya.

Seimbangkan permakanan. Kurangkan gula, kurangkan garam dan senamanlah
walaupun ringan tiga puluh minit sehari. Rehat sepuluh minit setiap
empat puluh minit berkerja untuk mengurangkan stres. Tidur cukup enam
ke lapan jam, waktu malam dan tidur sekejap waktu tengah hari untuk
kesegaran fikiran.


No comments:

Post a Comment