Friday, February 26, 2010

SOALAN WAJIB

Tadi ila g majlis nikah sorang staff. Wat dekat dekat sini je. Cantik dia nikah.Semuanya putih. Nikah dekat masjid. Majlis sanding akan di adakan esok dekat rumah pengantin pompuan.

Kalau dekat sini ramailah sedara mara mak.Kalau dah jumpa Ila , mulalah mereka dengan adegan peluk cium mereka.Tapi ada pakcik sedara mak ni, Ila kalau leh Ila nak lari ke lain kalau jumpa dia. Ye.....Ila faham.Mungkin tu cara dia nak nunjuk kasih sayang pada sedara mara, anak anak buah.Tapi dia ni kan suka peluk kita kuat kuat.dok cium pipi.Eeeeeee...kalau pompuan tu oklah.Tapi ini lelaki.Tapi tadi takleh elak dah.Semua anak sedara, cucu cucunya dia wat begitu.Dan diri ini terkena tempiasnya sekali.Sabar jelah.

Kalau dah jumpa tu, yang sering mereka tanya bila nak kahwin?Dulu Ila leh terlepas sebab akak ada,tapi sekarang Ilalah yang kena. Jawapam standardlah.Muda lagi.Ada jodoh tu ada adalah.Cepat atau lambat je. Kalau dah kawin lak...ada anak ke lom?Anak berapa org?

Pandai pandailah menjawab ye tak.




JUST 4 U





TENTANG CINTA





Thursday, February 25, 2010

Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

Surah Al-Anbiya, ayat 107



"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa remaja

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.


Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

    Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.


Marhalah dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

  • Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Kronologi perkembangan Islam



MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.




NAJIB MAHU UMAT ISLAM TELADANI SIFAT NABI MUHAMMAD

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad saw iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.Perdana Menteri berkata empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.

“Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan,” kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, esok.

Najib (gambar) berkata agenda Rasulullah yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah secara progresif sewajarnya disuntik ke dalam setiap denyut nadi umat Islam agar terus terpahat kukuh sepanjang zaman.“Begitulah hebatnya kegigihan Rasulullah dalam mendidik umat yang pada peringkat awalnya merupakan masyarakat yang jahil, bersengketa dan berpecah-belah akhirnya bersatu padu dan bersatu hati.

“Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul ini, bersamalah kita merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang utuh lagi kukuh,” katanya.Najib juga berkata dalam sirah perjuangan Rasulullah, tiada kejayaan yang mudah diperolehi oleh Baginda dan para sahabat melainkan melalui perancangan, perundingan dan pelaksanaan yang penuh berstrategi dan konsisten.

Peristiwa Peperangan Khandak misalnya telah membuktikan bahawa Rasulullah dan para sahabat Baginda menggunakan minda yang efektif melalui mesyuarat untuk merancang dan bertindak secara kolektif dan kreatif melalui kepelbagaian strategi.Maka dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah telah berjaya mengalahkan pihak musuh, katanya.Najib berkata sebaliknya dalam peperangan Uhud, oleh kerana pasukan Baginda tidak berdisiplin dan tiada perancangan yang sistematik, maka mereka telah menerima kekalahan.Sesungguhnya Allah SWT telah memberi isyarat dan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya perancangan yang strategik dalam menentukan kejayaan, katanya.

“Iktibarnya, kita juga telah memfokuskan beberapa perancangan dan misi besar untuk memaju dan memakmurkan negara,” kata Perdana Menteri.Katanya bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1 Malaysia dengan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, tonggak-tonggak lain ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (MEB), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Wawasan 2020.“Gagasan 1 Malaysia akan memacu bangsa Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

Manakala MEB dan RMK-10 adalah merupakan komitmen dan landasan terakhir kita untuk dinakhodai 10 tahun akan datang sebelum menjelangnya tahun 2020.Justeru, kehidupan rakyat mestilah beriltizamkan konsep Wasatiyah iaitu sederhana dan seimbang, pembahagian kekayaan secara adil dilakukan antara semua kaum agar Sawasiyah iaitu kesaksamaan dapat direncanakan secara holistik tanpa ada golongan yang ketinggalan dan terpinggir dalam arus kemajuan negara,” katannya.

Najib berkata sesungguhnya, Nabi Muhammad adalah contoh yang unggul dan terbaik untuk diteladani.“Akhlak, kewibawaan dan transformasi kepimpinan baginda tidak ada tolok bandingnya. Suri teladan Baginda seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk mencapai kecemerlangan dan kekuatan ummah,” kata Najib. — Bernama




FILEM - NIYANG RAPIK





Sinopsis:

Filem Niyang Rapik adalah sebuah Filem seram. Plot persembahannya menjurus kearah pengembaran dan triler. Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri. Zack mati di sebabkan busung pada perutnya. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful , Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah

Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.

Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula Kendil tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu juga melalui jalan air dan mengambil masa selam 6 jam untuk tiba dari jeti darat.

Disebabkan mereak berempat tersesat , maka mereka terpaksa bermalam di tengah perjalan sebelum menyambung semula pada keesokkan harinya. Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Amran yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Amran. Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh.

Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalan mereka hingga lah tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut dengan kedatang anag gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia Cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihat sewaktu siang.

Kendil telah dipulang kan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan keatas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Zizan pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh. Zizan menggosokkan matanya sehingga berdarah dan apabila di buka mata Zizan amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu.

Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai Kendil tersebut sebagai punca ternyata salah. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Rupanya ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Salah seorang dari mereka telah meniduri Laila dan meninggalkan Laila. Beberapa bulan kemudian Laila didapati mengandung dan telah membunuh diri sebab malu dengan ayahnya.

Ayah Laila telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menghantar santau yang akan membawa maut kepada mereka berlima bermula dengan Zack. Ini adalah kerana beliau tidak dapat tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawap sebab Laila merahsiakannya. Disebabkan terlalu marah beliau ambil keputusan untuk menghapuskan kesemuanya.


* Nak cari teman nak nengok citer ni.nampak mcm best je.Tapi takut .......tak suka sebenarnya nak nengok citer seram.Takut terbayang bayang.Macam ni ye?PERGI , TAK , PERGI , TAK , PERGI , TAK , PERGI , TAK , PERGI , TAK , PERGI , TAK , PERGI.................... *




Wednesday, February 24, 2010

TENANG SETENANG TENANGNYA


Bunyi ombak menghempas pantai, angin bertiup tenang betul betul telah menenangkan diri Ila.
Sunyi,tenang dan aman sekali rasanya.
Beranda umah pakcik betul betul mengadap pantai.
Ye...ketenangan yang sangat ILA cari.
Tadi tengok matahari terbenam.Cantik sekali.
INDAH sungguh ciptaan TUHAN.
Hari ini amat bz sekali. Ila kena ambik tau semuanya.
Kalau tak mcm mana nak menguruskan apa yg ayah tinggalkan untuk Ila.
Banyak benda yang Ila belajar hari ini.
Sungguh seronok rasanya.
Tangan sakit pun tak terasa.
Malam ni, Ila tak kemana.Dok umah jelah.
Nak rehat...sebab siang tadi dah penat sangat.
.Penat yang sgt menyeronokkan.
Oklah....da....

MEWAH BAHASA - 'BERCENDOI MAKAN CENDOL'


EDA dan Julia berbual mengenai pengalaman balik kampung semasa cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Eda: Amacam balik kampung, seronok ke?

Julia: Seronok! Dapat jumpa kawan-kawan lama, kebetulan ramai gak yang balik bercuti. Ada sorang tu kenduri kahwin lagi!

Eda: Kau pulak camne?

Julia: Seronok gak, tapi boring.

Eda: Aik! Kata seronok tapi boring lak, kenapa?

Julia: Mak aku asyik tanya bila nak kahwin, he he he. Kau tu enjoy sakan le ek?

Eda: Enjoy tu enjoy, tapi macam kau gak le ... boring.

Julai: Mak kau macam mak aku gak ke? Sibuk tanya bila nak kahwin?

Eda: Tak! Bukan sebab tu. Tapi abang dan kakak aku semuanya balik serentak.

Julia: Patutnya seronok le, dapat berkumpul semua adik beradik dan anak-anak sedara, meriah tuh! Bukan senang nak dapat macam tu, ni mesti kau malas masak nak cuci pinggan ek?

Eda: Tu semua aku tak kesah, yang tak seronoknya part aku nak keluar merayau pun susah!

Julia: Dah dewasa macam ni pun dia orang kawal lagi ke? Kau tu kerja dan ada kereta sendiri dah, takkan nak kongkong lagi.

Eda: Dia orang tak kongkonglah. Dia orang sebenarnya suka aku keluar jalan-jalan tapi anak sedara aku ramai, tu yang boringnya!

Julia: Aku faham tu, bila dah ramai camtu, bising, tak senang dibuatnya. Keluar aje merayau-rayau, lari dari budak-budak tu!

Eda: Itulah part yang paling boring! Bila aku nak keluar, ada je yang nak bercendoi!

Julia: Apalah salahnya kaubelanja mereka makan cendoi, berapa senlah sangat! Dengar cerita cendoi tempat kau tu sedap, sampai pernah masuk TV lagi.

Eda: Dah bawak dah mereka semua makan cendol, tapi bila aku nak keluar aje, siaplah, ada gak yang nak bercendoi! Aku nak pergi rumah kawan mereka nak bercendoi. Pergi pekan nak bercendoi, nak dating pun ada gak yang nak bercendoi. Sampai aku nak gi gunting rambut pun nak ikut. Rimas! Rimas!

Julia: Kebulur cendoi rupanya anak-anak sedara kau tu ek? Sedap sangat ke cendoi tempat kau tu?

Eda: Dia orang bukannya nak makan cendol, saja nak bercendoi aje ke mana aje aku pergi. Nak tunjuk kasih sayang le tu agaknya, nak merasa naik kereta baru aku katan dia orang. Cuma aku ni naik rimas tau! Aku nak juga privasi sembang ngan kawan-kawan, pergi dating ngan pak we lama. Tu pasai laa agaknya aku tak kawin-kawin. Bila dating je ada yang mengikut sama.

Julia: Eh! Aku dah mula tak faham apa yang kaucakap nih! Bukan pergi makan cendoi ke? Bercendoi ni bukan makan cendoi ke?

Eda: Bukan hanya pergi makan cendol mereka bercendoi, setiap kali aku nak keluar aje, start aje injin kereta budak-budak tu nak bercendoi!

Julia: Eh! Bercendoi ni apa sebenarnya?

Eda: Bercendoi laa, mengekor aje ke mana orang pergi, macam cecawi! Itupun kau tak tau ke? Sesia belajar tinggi ....

Julia: Lagi aku tak faham, cecawi ni apa pulak?

Eda: Cecawi, burung cecawi! Orang tua-tua cakap kalau asyik bercendoi aje, macam burung cecawi! Asyik mengekor orang aje ke mana pergi!

Glosari:
  • Cendoi - (bahasa pertuturan) cendol
  • Bercendoi - (dialek Perak) mengikut/mengekori ke mana sahaja
  • Cecawi - sejenis burung berwarna hitam dan mempunyai ekor yang panjang

Tuesday, February 23, 2010

TELOK MELANO







Sebuah perkampungan nelayan mengambil masa hampir 2 jam jika menggunakan bot dari pekan SEMATAN.Ramai lagi sedara ibu yang masih ada disana dan petang tadi Ila berkesempatan ke sana dengan pakcik menaiki bot laju lebih kurang 45 minit sahaja.Rindunya Ila pada tempat ini.
Tempat jauh lagikan di kenang inikan pula tempat bermain.
Pantai,laut,ombak adalah permainan kami adik beradik sejak kecik lagi.Indahnya saat saat berkejaran dengan akak n adik di pantai. Kalau boleh ku undur masa........
Ah...............itu hanyalah kenangan yang tak mungkin akan berulang kembali.
Memori itu jelah yang boleh mebuat Ila tersenyum.
Tadi ketika dijeti air mata ini mengalir, mengenangkan akak n aina yang suka terjun dari jeti tu dulu.Terbayang bayang diruangan mata keletah mereka.Rindunya Ila pada mereka





TELOK MELANO


Teluk Melano is an isolated Malay village next to the Tanjung Datu national park which can only reached by boat from Sematan (no roads lead there, although people are using motorbykes there). It is relatively small, consisting of a number of Malay style houses, some of them on stilts. Coconut palms are everywhere. The beach of Teluk Melano is nice, but is of yellow sand, not white coral sand. Near Teluk Melano there are a number of other small beaches. From Teluk Melano it is possible to walk to the Tanjung Datu NP (3.7km, takes approx. 1 1/2 hours)..

WANITA KUASAI SEKTOR AWAM


Wanita kuasai sektor awam

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.


Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.


Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.


Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.


Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.


Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.


�Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.


�Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala,� katanya.


Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.


Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.


�Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun� kepada mereka,� katanya.


Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.


�Merit kelulusan akadem
ik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.


�Sebaliknya, `sentuhan langsung� dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon,� katanya.


memang situasi ini berlaku.nak wat mcm mana.dekat u sekarang pun wanita yang ramai. Tepuk dada tanya selera. da....



JUST 4 U


Monday, February 22, 2010

JIWA KACAU :-)

Sejak semenjak dua menjak ni hati rasa tak tenang. Entahlah mungkin ada sesuatu akan berlaku ke? Dan memang betul mcm mcm yang tejadi pada ILA pada Sabtu lepas 20 Februari 2010 genap usia Ila 23 tahun.

Pada malam menjelang 20 Februari tu...ingat Ila nak happy happy je.Tapi sayang seribu kali sayang Ila didatangi dengan soalan yang langsung Ila tak terpikir org akan bertanya pada Ila.Entahlah..Ila pun tak paham. Hati dan perasaan mana boleh dipaksa kan.Jika kita dah rasa org dah sayang kita,kita pun dah sayang orang, kita dah kenal org tu mengapa perlu dipertikaikan lagi. Kita dah percaya org tu.Kenallah dia dgn beribu org pun gadis pun, hatinya tetap pada kita. Kepercayaan itu penting dalam setiap perhubungan.Dan air mata ini telah mengalir kerana seorang lelaki. First time dalam seumur hidup Ila ni.Entahlah.............Hanya Allah yang mengerti rasa hati ini.

Pada paginya...Ila meluangkan masa untuk bermain futsal dengan kawan kawan.Malang seribu kali sayang.Satu accident yang tidak disengajakan. Tulang tangan terkeluar dari tangan.Dan tangan kananku telah berbungkus.Dan Ila dah diberi MC selama sebulan lebih. Seronok ke Ila.Tidak sama sekali... Tengah praktikal ni.Habislah kredit hour Ila.Macam mana ni?Nasiblah Ila ni kidal.Boleh bergerak dengan tangan kanan.Dan pakcik bawa Ila balik kampung untuk berurut.Kaki pun dah terseliuh dah sikit.

Lepas ni takleh aktiv lagilah.Kang tercabut terus tangan. Apa nak buat.Nasib badan.Jiwa pun kacau. Menaip ngan tangan kiri.Tu pun mcm ayam matuk makanan je rupanya.

Oklah...da......

Saturday, February 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY AIDILA NUR SYHAM


Selamat hari jadi yang ke23 Ila.
Ingat nak seronok malam ni,
tapi tiba tiba dah diserang hendap.
Tak taulah.
Sabar Ila......dari Ila kuarkan yang bukan bukan baik Ila blah awal.
Ok.Namo sedih sedih lagi dah.Tadi menangis sorang sorang takde siapa pun nak pujuk
Ila nak happy je.
Ila 23 dah.Impian dan harapan Ila,
Ila nak habiskan belajar lu, nak kerja sambil teruskan perniagaan ayah.
Kalau ada jodoh Ila,Ila nak kahwin,Punya keluarga sendiri.Tapi itu 2-3 tahun lagi kot.
Ok...thats all


Friday, February 19, 2010

SALAH SIAPA?

Tadi teringin sangat nak makan roti canai.bawak suria n iza g kedai mamak.punya ramainya orang dan paling mengejutkan ILA ada buah meja yang dipenuhi budak budak rasanya masih bersekolah rendah.Tua tua pun form 1 kot.

Adui....sedih ILA bila nengok keadaan sebegitu.Mak ayah tak tau ke?Tak tanya ke mana anak anak pergi.Ila terpikir, Inilah bakal pewaris kita.Anak bangsa yang akan menjadi pemimpin masa depan.

Sepatutnya umur sebegitu dok umah bersama mak dan ayah dan keluarga.Ini dok kedai mamak.Lagak mcm org tua dah.Apa nak dibincangkan tu adik adik.

Salah siapa?Fikir fikirkanlah.

TABIAT ILA YANG PALING TERUK

PELUPA ok...Ila memang cepat sangat lupa. Dari pelbagai hal.Dan hari ini Ila sorang kat umah , Ila leh lupa tutup pagar ngan pintu rumah lepas buang sampah.Dengan baiknya,dengan sopan santun Ila masuk dalam umah, naik keatas dok memerap dalam bilik dok ngadap laptop.

Sehinggalah makcik kat sebelah panggil Ila sebab nak bagi kuih karipap.Turun turun je terkejut Ila tengok pintu umah terbuka.Tengok pagar pun terbuka. Adui...apalah Ila ni.Ngalahkan org tua. Makcik sebalah ni pun tak setua Ila.Duduk n menung dulu ILA. Cuai tul.Kalaulah ada org masuk umah, kalau ambik barang Ila tak kisah sangat. Kalau wat benda tak elok kat Ila.......huhhhhhhhhhh.Tak terpikir oleh akalku.Mana boleh.Ila tak kahwin lagi ni . ????? Apa kaitan yang kahwin lak ni?Motif????Hehehehhe.Nak dapat lesen tok kadi.

Persoalannya?Leh ke Ila kawin umur ni?Esok baru 23 tahun? Alah....Kahwin muda pun elok gak.Umur 34 tahun anak dah 10 tahun.Umur 44 anak dah 20 tahun.Jalan ngan akak org cakap ILA kakak dia. Haahahhahaha.Ada jodoh adalah kan bang. Nak anak 4 kan?8 Ila bagi.boleh????

SUARA DARI HATI

Ila tak tau nak mulakan dari mana.Ye....I'M INLUV.Hati ini telah dicuri oleh seseorang.Telah terusik dengan kata cinta seseorang.Ye ...Ila rasa bahagia sangat sekarang.

Dulu Ila bukan sebegini.CINTA?Jauh sekali nak memikirnya.Entah cuma dalam kepala otak ni dulu belajar belajar belajar dan belajar. Tiada istilah cinta monyet dalam kamus hidup ILA. Ila anti lelaki ke dulu?TIDAK...cuma keinginan untuk bercinta tu tiada.Setiap saat,minit,jam masa Ila dipenuhi dgn buku buku. Sebab tulah AIDILA ni dulu antara pelajar cemerlang di sekolah. Tapi Ila tak sepandai akak Ila.Menuntut sampai ke luar negara dan pernah jugak bekerja di luar negara. Dulu Ila pun pernah memasang angan angan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.Tetapi bila akak balik dia nasihatkan..SAMBUNG BELAJAR KAT MALAYSIA. Akak cakap jika jiwa tak kuat, jiwa tak kental,Iman tak kuat...senang kita hanyut.HALAL dan HARAM kemana. Ok...Ila tak kisah.Akak cakap belajar je sungguh sungguh, bila dah berjaya dapat kerja yang best , bolehlah melancong ke luar negara selalu.Aah mcm akak.Kerja pun kadang kadang kat luar negara.

Ila ingin menjadi seperti akak.Sangat berjaya dalam hidupnya.Apa dia nak semua dia dapat.Tapi cuma dia tak berjaya dalam kehidupan peribadinya. Bukan salah dia.Dia terlalu sangat nak berkorban untuk org lain. Sampai akhir hayatnya cinta dia tak kesampaian. Dia pergi bersama sebuah kisah cinta, sebuah kisah kasih sayang yang tiada akhirnya.

Tapi betul kata orang harimau mati meninggal belang manusia mati meninggalkan nama. ALIAH NUR - KETINGGIAN CAHAYA. Semua orang masih ingat. Bukan mudah untuk melupakan insan sebaik dia, senakal dia, sangat pengasih orgnya,sangat bertolak ansur, sangat bertimbang ras,bukan suka memaksa dan susah untuk mencari kekurangan pada dirinya.Sangat sangat istimewa orgnya.

Selepas ibu dan ayah pergi untuk selamanya, akaklah ibu dan ayah bagi Ila n Aina. Memang akak persis ibu.Selembut ibu, rajin seperti ibu, sangat mengambil berat seperti ibu.Kami tidak berasa kekurangan kasih sayang ibu dan ayah semasa bersama akak. Dalam segala hal memang akak jaga.Kalauboleh semua keinginan kami,keinginan kami dia nak penuhi.

12 tgh mlm ini genaplah umo ila 23 tahun.Kalau dia ada, sibuklah dia nak tanya ILA nak hadiah apa? Nak celebrate kat mana?Kalau ada yang bertanya ILA nak hadiah apa?Ila nak akak, aina,mak,ayah balik boleh tak?Ila sunyi.Sunyi sangat sangat. Ingat Ila tahun lepas akak sanggup balik dr KL semata mata nak bersama kami pada birthday Ila. Akak memang berat pasal keluarga. Indah sungguh pada masa tu.Mak masak nasi minyak, ayam masak merah,daging masak hitam, ada jelatah, dan ayah jemput org surau datang. Buat kenduri doa selamat. Jemaah surau sama sama meraikan hari jadi Ila. Akak lak sibuk dok layan tetamu yang datang.Ingat lagi time tu cikgu sekolah Ila datang.Dok tanya akak kat Ila. Ila cakap je akak dah berpunya.Lagipun bukan taste dia mat smart mcm cikgu Ila tu. Akak..akak.

Apa hadiah ila dapat tahun lepas? Mak bagi Ila sepasang baju kurung yang mak jahit sendiri. Ayah bagi jam Guess yang masih Ila guna sampai sekarang.Ila tahu jam tu mahal.Ayah cakap ayah kumpul duit,sebab ayah tahu Ila nak sangat jam tu.Aina.........dia bagi gambar yang dia buat collage.Gambar kami adik beradik ngan mak ayah.Kreatif sungguh dia. Akak lak...bagi gelang tangan emas yang terukir A.nursham.Aina pun dapat sekali. Dia tempah khas untuk kami.Masih Ila pakai sehinggi kini.Bila memakainya rasa dia dekat je ngan Ila.Tahun ni?Ila takkan dapat apa apa. Nak menyambutnya jauh sekali.Cukuplah kali terakhir menyambutnya bersama sama dengan insan yang ILA sayang sgt sgt.

Kami adalah sebuah keluarga yg sgt bahagia. Penuh dengan gurauan dna usik mengusik. Ila merindui itu semua.Kadang kadang Ila pejamkan mata.Ila dok ingat semuanya ketika bersama mereka.Dengan cara itu je Ila leh tersnyum, ketawa bila mengenangkan Aina,Akak, Ila, Ibu bila kena usik ngan ayah.Ayah...sangat suka mengusik.Yang teruk kena selalunya kakak sebab dia suka sangat melatah.Teruk betul bila org tua tu melatah.

Impian ila, bila Ila berkahwin nanti keluarga yang Ila bina mcm keluarga Ila dulu. Keluarga yang penuh kasih sayang..Keluarga yang sangat bahagia.Harap bakal suami Ila ni boleh seperti ayah.Menjaga keluarganya lebih dari diri sendiri.Sangat ambil berat pasal isteri dan anak anaknya.Sanagt Penyayang.Kalau boleh semua keinginan anak anaknya ingin dia penuhi.

Ayah
Mak
Akak
Adik

ILA rindu kalian semua.Nape tinggalkan Ila sorang sorang?
Esok usia Ila dah 23 tahun dah. Kali pertama kalian tiada disisi.
Ila terima semua takdir ini
tapi kerinduan di hati sentiasa mengingatkan Ila pada kalian semua.

TERINGINYA ....ILA



Ila teringin tul nak makan 2 benda alah ni.
Kirim suria belikanlah nanti.
Hari ni tak makan apa apa lagi sejak pagi tadi.
Makan roti sekeping.
Ngan minum tropicana twister.Fuhh....sedap tak hingat dan semestinya menyegarkan diri ini.

KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab

gambar hanyalah hiasan semata mata


PUTRAJAYA 18 Feb. – Perjalanan Datuk Solah Mat Hassan dari kampungnya di Kota Bahru ke Kuala Lumpur semalam digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu untuk mengintip pergerakan pemandu-pemandu yang biadab.

Dengan menggunakan kamera digital sambil dibantu anak perempuannya, beliau berjaya mengesan dan menangkap gambar 93 kenderaan yang melanggar kesalahan lalu lintas.

Tegas Solah, semua pemilik kenderaan berkenaan akan dipanggil untuk proses temu siasat sebelum dikeluarkan saman.

‘‘Saya terserempak dengan pemandu kenderaan persendirian yang bersifat seperti orang yang tidak berpendidikan dengan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan cermin gelap.

“Saya menangkap gambar mereka menggunakan kamera digital untuk dijadikan bukti, banyak gambar telah diambil sehingga kad memori kamera penuh,” katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Solah berkata, tingkah laku sesetengah pemandu yang biadab menyebabkan beliau hilang sabar lalu menelefon pegawainya untuk menjejak kereta berkenaan dengan serta-merta.

“Dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai, saya terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil yang memotong di garisan berkembar sebanyak 10 kali,” katanya.

Solah berkata, selain 93 pemandu biadab yang dikesan beliau sendiri, sebanyak 2,875 kenderaan lain juga didapati melakukan kesalahan trafik oleh JPJ sepanjang Ops Sikap Ke-21 yang bermula pada 7 Februari lalu.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan oleh orang ramai dan kakitangan JPJ termasuk pegawai yang menyamar.

“Kesemua mereka akan dipanggil untuk temu siasat, kegagalan mereka untuk tampil diri dalam tempoh dua minggu akan menyebabkan nama mereka disenarai hitam oleh JPJ,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai membantu JPJ melakukan penguatkuasaan dengan menangkap gambar kenderaan pesalah trafik dan menghantarnya menggunakan e-mel ke aduan@jpj.gov.my.

“E-mel perlu disediakan dengan maklumat berkaitan seperti tempat dan masa gambar diambil serta kesalahan yang dilakukan pemandu.

‘‘Kami hanya menerima 48 aduan daripada orang ramai yang melaporkan kesalahan trafik pemandu lain, kerjasama daripada orang ramai perlu diperkuatkan,” katanya.

Sementara itu, Solah berkata, sejumlah 4,682 saman telah dikeluarkan JPJ dalam tempoh 10 hari pertama Ops Sikap.

‘‘Dalam pemeriksaan di terminal bas dan tempat terpilih, 11 bas didapati mempunyai masalah tayar manakala dua pemandu bas ditahan kerana positif dadah.

‘‘Tiga buah lori pula disita kerana menggunakan lebuh raya ketika tempoh larangan pada 12 dan 13 Februari,” katanya.


ni barulah tugas seorang KP. Rakam sendiri tu.Padan muka dengan pemandu pemandu yang secara tidak sengaja gambar kereta mereka telah dirakam.



KISAH MAKAN UBAT


Semalam dok makan pil demam, pil selsema, ambik kau pengsan terus.Pil selsema memang power kat ILA.Tak leh bukak mata langsung.KAK CHUN...call ila semalam ek.Sorilah.Ila lepas Isyak terus hanyut dah KAK CHUN.

Semalam memang tak larat dah.Siang tu patut makan ubat Ila tak makan.Ni..mcm mana nak suruh org makan ubat nanti ni.Entahlah...dari kecik lagi kalau ubat bentuk tablet ni memang susah nak makan.Kalau bentuk cecair..suka.berapa botol bagi pun sanggup telan.

Kalau ILA tengok gelagat kanak kanak nak dibagi makan ubat, lucu lak.Yelah...kadang kadang kena dipujuk dengan mcm mcm.Kadang kadang mak ayah kena mengejar satu rumah.Kena pegang badan,kena pegang mulut ,kena suap, baru leh makan ubat.Macam macam.

Bukan je budak budak,org tua pun gitu gak. Kadang kadang lagi teruk. Kadang kadang pil tu kena letak kat pisang baru leh telan.Kadang kadang tu nak g klinik, g hospital pantang tok nenek dia.

Macam macam..............

Thursday, February 18, 2010

TERINGIN TAPI TAK BIASA

KASUT TUMIT TINGGI vs SANDALS

Ila pilih sandal sebab lebih selesa pada diri ILA.Tapi semalam dok try akak punya kasut tumit tinggi syok gak pakai.Rasa lebih confident bila berjalan.Akak punya kasut dia tak kurang dari 3 inci tingginya.Yelah...dia tu perasan model.Memang mcm model pun. Betul cakap dia kalau pakai k.asut tumit tinggi kita akan lebih confident dan Ila akui kata katanya itu.Selain tu lehlah menambah ketinggian Ila ni yang tak berapa nak tinggi.Ila ada googling beberapa gambar dan ila suka style kasut - kasut yang Ila googling tu.Jom kita lihat.













Dan sudah semstiny sandal jugak yang ILA cari










Ingat bila ada cuti nanti nak g KL.Kat sana lagi banyak pilihan.Kat sini kurang sikit pilihannya.KEY ELL tunggu kedatangan ILA ek.yabedabedu.kena simpan duit ni untuk shopping.

SET PENJAGAAN DIRI ILA

Ila ni simple je orgnya.Sangat sangat simple k.

PENJAGAAN WAJAH

Ila guna set GARNIER.Ila sesuai dengan GARNIER ni. Dan motif utamanya senang Ila nak dapat.Dekat Gurdians n Watson pun ada.




MAKE UP

Ila suka guna SILKY GIRL n MAYBELLINE.Harga berpatutan untuk student mcm ILA dan motif utamanya senang Ila nak dapat.Dekat Gurdians n Watson pun ada.








MANDI

Ila suka guna SHOKOBUTSU GREEN TEA HARMONY.Ila sukabaunya sedap.....



PERFUME

Ila dah terjatuh cinta dekat ELIZABETH ARDEN GREEN TEA.Akak punya hallah ni.Tapi serius baunya sedap sangat. Tapi dari dulu , kini, dan selamnya MIRACLE pujaan hatiku.Sekarang selang selilah guna 2 perfume tu.








Nanti ila buat entry untuk penjagaan dalaman lak k.Tunggu..............