Wednesday, January 27, 2010

IKATAN TUDUNG-TUDUNG JURAI GIPSI


Tudung gipsi sesuai pengantin berwajah bujur, bagaimanapun, pemakaian anak tudung Syahirah bersama sedikit rambut palsu membentuk sanggul tinggi di bahagian belakang kepala dapat membantu memberikan ilusi bujur pada pengantin berwajah bersegi atau bulat.

Langkah 1: Pakaikan anak tudung keras bersama sedikit rambut palsu dan lapiskan anak tudung Syahirah kemudian ikat kemas. Jika perlu, semat peniti di bahagian sanggul supaya ikatan anak tudung benar-benar kemas.

Langkah 2: Letakkan selendang, pastikan hujung sebelah kiri lebih pendek berbanding hujung sebelah kanan bagi memudahkan lilitan dibuat.

Langkah 3: Sematkan pin bersama peniti di bahagian sanggul kemudian hujung tudung dipintal membentuk lingkaran di bahagian belakang kepala.

Langkah 4: Letakkan aksesori juraian manik sebelum dipakaikan layah kembang payung dan tiara."


*BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment