Wednesday, February 24, 2010

MEWAH BAHASA - 'BERCENDOI MAKAN CENDOL'


EDA dan Julia berbual mengenai pengalaman balik kampung semasa cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Eda: Amacam balik kampung, seronok ke?

Julia: Seronok! Dapat jumpa kawan-kawan lama, kebetulan ramai gak yang balik bercuti. Ada sorang tu kenduri kahwin lagi!

Eda: Kau pulak camne?

Julia: Seronok gak, tapi boring.

Eda: Aik! Kata seronok tapi boring lak, kenapa?

Julia: Mak aku asyik tanya bila nak kahwin, he he he. Kau tu enjoy sakan le ek?

Eda: Enjoy tu enjoy, tapi macam kau gak le ... boring.

Julai: Mak kau macam mak aku gak ke? Sibuk tanya bila nak kahwin?

Eda: Tak! Bukan sebab tu. Tapi abang dan kakak aku semuanya balik serentak.

Julia: Patutnya seronok le, dapat berkumpul semua adik beradik dan anak-anak sedara, meriah tuh! Bukan senang nak dapat macam tu, ni mesti kau malas masak nak cuci pinggan ek?

Eda: Tu semua aku tak kesah, yang tak seronoknya part aku nak keluar merayau pun susah!

Julia: Dah dewasa macam ni pun dia orang kawal lagi ke? Kau tu kerja dan ada kereta sendiri dah, takkan nak kongkong lagi.

Eda: Dia orang tak kongkonglah. Dia orang sebenarnya suka aku keluar jalan-jalan tapi anak sedara aku ramai, tu yang boringnya!

Julia: Aku faham tu, bila dah ramai camtu, bising, tak senang dibuatnya. Keluar aje merayau-rayau, lari dari budak-budak tu!

Eda: Itulah part yang paling boring! Bila aku nak keluar, ada je yang nak bercendoi!

Julia: Apalah salahnya kaubelanja mereka makan cendoi, berapa senlah sangat! Dengar cerita cendoi tempat kau tu sedap, sampai pernah masuk TV lagi.

Eda: Dah bawak dah mereka semua makan cendol, tapi bila aku nak keluar aje, siaplah, ada gak yang nak bercendoi! Aku nak pergi rumah kawan mereka nak bercendoi. Pergi pekan nak bercendoi, nak dating pun ada gak yang nak bercendoi. Sampai aku nak gi gunting rambut pun nak ikut. Rimas! Rimas!

Julia: Kebulur cendoi rupanya anak-anak sedara kau tu ek? Sedap sangat ke cendoi tempat kau tu?

Eda: Dia orang bukannya nak makan cendol, saja nak bercendoi aje ke mana aje aku pergi. Nak tunjuk kasih sayang le tu agaknya, nak merasa naik kereta baru aku katan dia orang. Cuma aku ni naik rimas tau! Aku nak juga privasi sembang ngan kawan-kawan, pergi dating ngan pak we lama. Tu pasai laa agaknya aku tak kawin-kawin. Bila dating je ada yang mengikut sama.

Julia: Eh! Aku dah mula tak faham apa yang kaucakap nih! Bukan pergi makan cendoi ke? Bercendoi ni bukan makan cendoi ke?

Eda: Bukan hanya pergi makan cendol mereka bercendoi, setiap kali aku nak keluar aje, start aje injin kereta budak-budak tu nak bercendoi!

Julia: Eh! Bercendoi ni apa sebenarnya?

Eda: Bercendoi laa, mengekor aje ke mana orang pergi, macam cecawi! Itupun kau tak tau ke? Sesia belajar tinggi ....

Julia: Lagi aku tak faham, cecawi ni apa pulak?

Eda: Cecawi, burung cecawi! Orang tua-tua cakap kalau asyik bercendoi aje, macam burung cecawi! Asyik mengekor orang aje ke mana pergi!

Glosari:
  • Cendoi - (bahasa pertuturan) cendol
  • Bercendoi - (dialek Perak) mengikut/mengekori ke mana sahaja
  • Cecawi - sejenis burung berwarna hitam dan mempunyai ekor yang panjang

No comments:

Post a Comment