Thursday, January 14, 2010

SENARIO DAN TABIAT MEROKOK DI MALAYSIA




Fakta sepintas lalu

Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.

30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.

Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.

Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.

Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun."

No comments:

Post a Comment