Thursday, January 14, 2010

KERINDUAN ......

Tanpa kiter sedari sudah sebulan akak dan adik meninggalkan kiter sorang diri.Hanya TUHAN yang tahu betapa diri ini, hati ni kerinduan, terasa kehilangan.Dulu masa mak ayah pergi , kiter ada mereka berdua lagi.Tapi kini kiter hanya sebatang kara.

Entahlah.Kiter tau kehidupan mesti diteruskan.Memang rindu sentiasa menguasai diri.Setiap saat, setiap ketika ingatan pada mrk sentiasa datang.

Aina Nur.Gadis kecil molek yang sentiasa mencuit hati ini.Ye...kadang kadang membuat kiter geram dan marah dekat dier.Dekat rumah dialah suka buat kecoh.Rindu sgt dgn gelak tawanya, gurauan nya dan pertanyaan dia yang bukan bukan.Aina...akak rindu aina. Rindu sgt sgt.

Aliah Nur.Seorang kakak yang sgt bertanggungjawab pada adik adiknya.Selepas mak ayah tiada dialah menjadi mak dan ayah pada kami berdua.Seorang kakak yang penuh dengan kelembutan,dihiasai dengan senyum manisnya.Akak...ila rindu akak sangat sangat. Kenapa tinggalkan ila kak. Tinggalkan ila seorang diri.

Kini...hanya gambar gambar, video kenangan kami yang mampu kiter lihat. Hari hari pun kiter tak jemu melihatnya.Itu je yang kiter ada.Kerinduan pada mereka takkan hilang sampai bila bila.Cuma doa kiter mereka aman di sana.


AMIN

No comments:

Post a Comment