Wednesday, January 13, 2010

KARI BUKAN GULAI

Kiter suka baca kolum mewah bahasa dekat berita harian.Selalu diceritakan kekeliruan bahasa kat Malaysia ni.Yelah...kadang kadanng satu benda tu banyak namanya.Ok...kita baca satu cerita ni.

SEPASANG suami isteri baru berkahwin, si suami ingin merasa masakan si isteri. Si suami telah ke pasar pada awal pagi membeli ikan dan sayur untuk dimasak oleh si isteri. Menjelang tengah hari apabila makanan siap dimasak, si isteri memanggil suami untuk menikmati makanan yang telah disediakan.

Isteri: Abang, marilah makan. Ini masakan pertama yang saya masak selepas kita kahwin. Saya masak gulai seperti yang abang minta tadi. Saya masak istimewa untuk abang.

Suami: Mana gulainya?

Isteri: Ni gulainya. Makanlah.

Suami: Tadi abang dah beli ikan tenggiri dengan kacang bendi untuk buat gulai. Ini bukan gulai, ini masak lemak.

Isteri: Ni gulailah! Gulai lemak. Saya dah masak gulai lemak cili padi tenggiri campur bendi. Pekat-pekat lagi, sedap nih!

Suami: Ni bukan gulai, ni masak lemak. Abang tak suka masak lemak ni.

Isteri: Kalau ni bukan gulai, macam mana pulak rupa gulai? Abang nak gulai apa sebenarnya?

Suami: Gulai ... yang masak pakai serbuk kari tu! Kan abang dah beli serbuk kari sekali tadi. Daun kari pun abang dah beli. Masak lemak abang tak makan. Abang suka makan gulai ja!

Isteri: Cakap le nak makan gulai kari. Kalau cakap tadi, saya buatkan le. Ni pagi tadi abang cakap nak makan gulai. Saya masak le gulai ... gulai lemak.

Suami: Kat tempat abang, yang ni orang tak panggil gulai, orang panggil masak lemak. Gulai, masakan yang pakai serbuk kari tu.

Isteri: Tempat saya itu orang panggil masak kari! Yang macam ni baru gulai.

Suami: Orang tempat ayang tu cakap tak betul. Yang betulnya gulai, bukan masak kari!

Isteri: Mana pulak macam tu! Sebenarnya orang tempat abang tu yang tak betul. Orang tempat saya yang cakap betul ... saya boleh buktikan!

Suami: Bukti?! Apa bukti?

Isteri: Saya ada bukti yang menyokong saya betul. Dalam bahasa Melayu sebenarnya gulai bermaksud masakan yang berkuah, macam yang saya masak ni ... bukan hanya masak kari.

Suami: Buktikanlah!

Isteri: Ada peribahasa Melayu yang kata, “gulai lampau serai tentu maung”. Kan dalam gulai tu ada serai? Ini membuktikan gulai adalah masakan yang menggunakan serai, gulai lemak ada serai, tapi kari orang tak pakai serai! Kan saya yang betul!

Suami: Mentang-mentang dia cikgu mengajar Bahasa Melayu, dia pusing ikut situ pulak.

Isteri: Tau tak pe! Haa, sekarang makan je gulai yang saya dah penat-penat masak nih!

Suami: Baiklah yang! ... Eh! Sedap pulak masak lemak ni yek?! Tak pernah abang rasa masak lemak sedap macam ni. Kalau macam ni, lain kali masak macam ni ajelah ... tak payah masak gulai!

Isteri: Ha! Tau pun sedap! Kalau tak makan tadi ... malam ni adalah yang tidur atas sofa kat ruang tamu!

Glosari

  • Gulai i - (Dialek Kedah) masakan kari
    ii - masakan yang berkuah

  • Gulai lampau serai tentu maung - perbuatan yang berlebihan tidak mendatangkan faedah
  • No comments:

    Post a Comment