Wednesday, January 20, 2010

JIRAN OH JIRAN 1

maksud jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu dikanan, kiri yang meliputi 40 buah rumah di setiap penjuru.

Meh ila kenalkan siapa jiran jiran ila.[jiran terdekat jelah]
Rumah akak kita ni jenis SEMI-D.Sebelah kanan surau.Sebelah kiri umah Abang Zainal n Family. Ada mak dia Makcik Zainab. 2 rumah rumah yang berdepan pulak umah Uncle Joanis n Family Dan yang bestnya rumah sebelahnya rumah budak budak bujang.Hahahaha,Gatal ke ila ni.Oh...tidak...harus dinterview dulu.

Abang Zainak n Family N Makcik Zainab
Pagi pagi bila ila kuar rumah....hanya makcik zainab yang ila nampak.sebab dia rajin dok siram bunga dia. Dalam hati ila awal na dia siram bunga.Kan bunga basah lagi dah kena embun

DIWAKTU PAGI. 7.00 PAGI
Ila: Assalammualaikum makcik.Selamat pagi.
Makcik Zainab:Wasalam la. Pergi kerja elok elok.
Ila:Ok. Ila jalan dulu ye
Makcik Zainab: Ok.Pandu keta pelan pelan, makan ikut masa, jangan berlari naik turun tangga.
Ila: Yelah makcik.Jumpa petang ye.

DI WAKTU PETANG 5.30 PETANG

Sampai kat depan pagar tengok Makcik Zainab dok belek bunga dia.Dalam hati ila..orang tua no takde kerja ke?

Ila:Assalammualaikum makcik
Makcik Zainab:Wasalam Ila.Jap...makcik ada buat puding, karipap, cekodok, cucur udang.Jap makcik ambil.

Tiap tiap hari ada je menu yang berlainan.Dan semestinya kami bertiga yang beruntung.Tak yah beli kuih petang petang.Ada je makcik zainab bagi.

Makcik zainab sangat baik orgnya.Penuh lemah lembut. Tengok dia teringat kat mak....baik sgt sgt.Ada motif ke? Dia ada anak bujang.Handsome.....Cikgu....Oh tidak.Lagi pun dia dah ada makwe.Comel orgnya.Tapi kereklah.Ila senyum kat dia pun dia buat tak tau je.Sombong.Tak padan langsung ngan CIKGU ZULHADI. Yelah...time kita terseliuh dulu Makciklah yang dok urut kaki ila. Sambil dok urut tu mcm mcm nasihat dia bagi.

Nanti ila cerita pasal 2 lagi jiran ila ye.Uncle Joanis and budak bujang.





No comments:

Post a Comment