Monday, January 18, 2010

-ABADINYA SEBUAH CINTA-


Hati dan perasaan memang tak boleh dipaksa. Lagi lagi dalam hubungan percintaan. Kiter sebak, kiter sedih bila mengenangkan seorang insan yang kesedihan, kerinduan setelah ditinggalkan seorang yang dia sayang untuk selamanya.


Kiter menyaksikan sendiri kehebatan cinta mereka.Keikhlasan mereka dalam hubungan.Ketulusan hati mereka dalam melayari hubungan cinta mereka.Pelbagai dugaan dn cabaran diharungi bersama. Begitu utuh sekali cinta mereka.


Sigadisnya seorang yang lembut sgt hatinya.Lurus....pembaris kata lelakinya.Punya hati yang baik sekali.Dirinya penuh dengan kasih sayang, sifat keibuaan.Langsung tak pernah meninggikan suara pada kiter adiknya dan sesiapa saja. Kalau marah mcm tak marah pun.Membebel mcm tu jelah.Sampai senyap sendiri. :-) Kita rindu sangat kat dia. Manis sgt orgnya.Suka tersenyum. Sebab tulah semua orang senang dengannya. Tapi hatinya begitu susah untuk dimiliki.Dan yang bertuah memilikinya hatinya adalah seorang yang dia selalu panggil MR.TUKUN.


Abang....abang ...jdi MR.TUKUN abang ye. Abang......dengan akak memang sepadan..Seorang yang amat tegas orgnya. Penuh dengan tanggungjwab.Terlalu suka mengusik.Kesian kakak kiter diusiknya.Kadang kadang sampai menangis akak. Pasangan yang sangat melengkapi satu sama lain.Memang sgt sgt padan.


Tapi sayang.Takdir Allah mengatasi segalanya. Mereka berpisah disaat cinta dan kasih syg mereka sedang mekar dengan cantiknya. Siapa yang tak sedih kehilangan org tersayang.Kesian sgt , sebak sgt mengingatkan abang.Kuat betul kasih sayangnya pada akak.Impian dan harapan mereka untuk bersama tidak menjadi kenyataan.Hanya kenangan je yang ada.


Abang.......bersabarlah dengan semua dugaan itu abang.Insyaallah abang akan mendapat seorang mcm kak liah mungkin lebih baik dari dia. Ila akan sentiasa mendoakan untuk abang.

1 comment:

Redbloodsnow said...

yuppp...setuju². soal ati nang x pat dpaksa :)

Post a Comment