Monday, August 9, 2010

MAKNA CINTA DARI NAMA

AIDILA NUR SYHAM
1:A - ..seorang yang gila-gila
2:I - ..manis dan romatis
3:D - ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun
4:I - ..manis dan romatis
5:L - ..pemberi ciuman yang bagus
6:A - ..seorang yang gila-gila
7:
8:N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
9:U - ..disenangi oleh semua orang
10:R - ..seorang yang lucu
11:
12:S - ..membuat orang tertawa
13:Y - ..disukai oleh sesiapa saja
14:H - ..setia kepada yang satu
15:A - ..seorang yang gila-gila
16:M - ..membuat pacaran lebih menarik

Ini Ila ke ni?Hahahahhaha




Saturday, July 24, 2010

KERINDUANKU.............

Tadi dok bukak blog akak liah..............membuatkan aku menitis air mata.Banyak betul kesedihan di dalam hidupnya.Betapa dia sayangkan ila n aina.Betapa dia syg dan cintakan abang. Ila rindu sgt padanya.Rindu sgt sgt.Dulu kalau dok baca blog dia, dlm hati ni ckp...apalah akak ni....semua nak ceritakan dalam blog ni.Rupanya setelah dia pergi........tu semua menjadi kenangan pada ila.Ila boleh senyum, ketawa dengan coreta gila gila dia tu.Kadang kadang ila sedih,ila menangis ngan luahan rasa dia. Ila takkan dapat kakak seperti dia yang ila boleh luahkan masalah ila....tapi sekarang abang seperti mengambil alih tugas akak.Ila gembira, ila suka......sekurangnya kurangnya ila leh tengok akak dalam diri abang.Terima kasih abang.............


HANYA SEKALI

(fav,song akak)

Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan
Kata cinta
Takkan ku permainkan

Sekali di dalam hidupku
Kurasakan cinta
Yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti

Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku

Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali




DUGAANKU

Salam semua...

Banyak banyak lagu ning lagu ni memang menjadi fav.ila dari dulu.Entahlah...Suka layan lagu ni....

DUGAANKU-NING BAIZURA

Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu



Tuesday, July 13, 2010

IM HAPPY

Sudah lama ila tak mencoretkan sesuatu di sini.Entahlah.Tak tau nak menaip apa.Tak tau nak mencoret apa.

Kehidupan ila masih seperti.Tetap ceria dan happy seperti dulu dan sentiasa di temani abang yang snaggup bersama susah dan senang ila.

Susah ila nak jumpa insan sebaik dia.Adakah ditakdirkan dia dipertemukan dengan kami untuk menjaga ila.

Dia masih seperti dulu.Tidak tak ada yang berubah pun.Ingatannya, rindunya,kasih sygnya tetap pada akak liah.

Kak Liah....

Esok 14.07.2010 dah 7 bulan meninggalkan ila dan abang.Kerinduan tetap ada. Sentiasa ada.Ila tak tau mcm mana abang boleh setenang itu.Ila tahu apa yang dia rasa.Ye...ila sangat kasihankan dirinya.Kalau boleh diri ini menjadi ganti....tapi ila tahu, kasih sayangnya pada ila hanya kasih syg dr abang pada seorang adik.Ila hargainya sangat sangat.

Sian kat ila kan.Menumpang kasih pada org.Tapi apa apa pun kehidupan kena diteruskan.Happy happy selalu.Jangan nak pening pening kepala kan.




Wednesday, June 16, 2010

KEHIDUPAN

6 bulan 2 hari dah aku hidup keseorangan , kesunyian tanpa kehadiran insan-insan yang aku sayang.Rindunya pada mereka dan selama inilah juga pelbagai perkara yang aku lalui.

Entahlah…kehidupan pada masa akan datang susah untuk dipikirkan susah untuk diteka apa yang berlaku apa kesudahannya.

Ye…memang aku kecewa.Aku sudah mula menyanyangi seseorang tapi tidak ku sangka tidak ku duga ‘itu’ yang akan berlaku.Salah aku juga.Tidak selidik siapa dia sebenarnya.Yelah time suka kentut bau wangi.Tahi kambing pun disangka coklat.orang yang kata.bukan ila ek.Hahahahaha.

Bagi aku cinta,kasih dan sayang tiada paksaan.Kita bebas untuk sayang, cintakan seseorang..tetapi…ada batas batasnya. Tidak semua orang kita boleh sayang dan cinta.Tidak semua org kita miliki walaupun kita sayang dan mencintai seseorang itu.Kadang kadang pengorbanan akak ada diantaranya. Yang penting kembali kepada Qada dan Qadarnya.

Walaupun apa yang terjadi hidup mesti diteruskan. Ye…tak nak dah menoleh ke belakang.Aku nak lihat kedepan je.Boleh?Tetapi sesekali kembalilah ke belakang.Ye…Itu adalah MEMORI,KENANGAN DAN PENGALAMAN.




Sunday, June 13, 2010

YUHU...


OOO lalalala



Tuesday, April 27, 2010

NAK MAKAN APA NI

Kalau nak diikutkan nafsu makan ku ini semuanya nak aku makan.Yelah...dah berapa lama dah tak makan yang sebetul betulnya makanan.Hari hari makanan ku adalah bubur nasik @ kanji. Kanji.....aku tak tau sebenanrnya dekat semenanjung ada jugak org panggil bubur nasik ni kanji.Aku terdengar mak kak idah dok ckp kanji kanji...rupanya bubur nasik. Sekurangnya ada perkataan baru yang aku belajar.

Berat badanku jugak dah menurun sebanayak 6 kg.aku sekarang dah tinggal 43kg.Tinggal tulang je dah ni.Aku tak selera makan k.Semuanya rasa tak sedap di tekak aku.Nak makan apa ni?????????





Sunday, April 25, 2010

lama dah tak update

salam semua.

lama dah ila tak update kan.ila tak berapa nak sihatlah.badan dah kena gatal gatal. ni pun masih ada bintik binti merah.dah mcm campak versi kecik dah.tapi bukan campak k.

sedih benar rasa hati bila dah sakit sorang 2x mcm ni. yelah...takde istilah teringin nak makan ni makan tu. dulu ada jugak arwah mak n arwah akak yang leh layan karenah ila bila sakit mcm ni.sekarang..nak makan pandailah cari sendiri.wat sendiri.sedih kan.ila sedih..ila rindu sgt sgt. betul kata org..bila org tu ada disisi kita , kita wat tak tau je.gaduh lagi adalah.bila org tu takde.........ye...kita tercari...kita merindu. Moga dirinya bahagia disana.AMIN.



Friday, April 16, 2010

4 BULAN SUDAH BERLALU

Pejam celik pejam celik sudah empat bulan akak n aina meninggalkan diri ini.
Kerinduan pada mereka sentiasa ada.
Entahlah.....Kadang kadang ila tak dapat menahan air mata ini mengalir dari mengingati mereka.
Ila sunyi,Ila sepi.
Hanya Allah yang tahu apa yang Ila rasa kini.




Monday, March 29, 2010

MORNING

Salam semua. Hari ni boleh bangun awal lak.Mungkin semalam tido awal agaknya. Ntahlah.Kadang kadang ila takut untuk menempuhi hari hari mendatang. Yelah...dengan apa yang berlaku membuatkan ila jadi takut. Hanya yang mengetahuinya,melaluinya akan paham. Tapi bila dipikirkan nak tak nak kita laluinya jugak. Lumrah kehidupan. Kehidupan kena diteruskan. Kena redha...kena tawakal.

indah betul pagi hari di kampung ku ini.kesejukkannya sampai ke tulang.

ila rindu sgt sgt dengan suasana in..takpe next week leh balik.